Buletin Falak

PENENTUAN AWAL SYAWAL 1429

RISALAH BIL. 1/2008 (Ramadhan 1429)

RISALAH BIL. 1/2003 (Ramadhan 1424)

RISALAH BIL. 2/2003 (Syawal 1424i)

Satu seminar bertajuk Seminar Penghayatan Ilmu Falak 2008 dan Muktamar Sanawi PFSNM telah diadakan pada 23 Rejab 1429H bersamaan 26 Julai 2008 bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Seminar sehari ini melibatkan 300 orang peserta terdiri dari wakil-wakil Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti negeri-negeri, guru-guru sekolah menengah Negeri Melaka, ahli-ahli persatuan falak, wakail-wakil jabatan kerajaan Negeri Melaka, orang perseorangan dan pelajar sekolah. Seminar yang bertemakan ‘Ilmu Falak Dalam Kehidupan’ ini adalah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka.


Seminar yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif- objektif yang telah digariskan seperti berikut:

i) Mengimbau kembali peranan ilmu falak dan kepentingannya
kepada masyarakat khasnya bagi umat Islam

ii) Memberi penjelasan kepada masyarakat tentang hubungan
ilmu falak dengan pelaksanaan ibadat dan kehidupan

iii) Melibatkan penyertaan umat Islam dalam aktiviti falak