Galaksi
Galaksi
kita sungguh luas tetapi di luar galaksi kita terletak alam semesta
yang lebih luas sehinggakan sukar bagi kita membayangkan keluasannya.
Di ruang ini terserak berjuta-juta galaksi lain, separuh serupa dengan
sistem Bima Sakti dan yang lainnya sungguh berlainan. Sepertimana Matahari
adalah adalah hanya satu di antara jutaan bintang biasa, galaksi kita
hanya satu daripada ahli keluarga alam semesta yang terdiri daripada
jutaan galaksi.
Penemuan
Pulau-Pulau Bintang
Enam puluh tahun dahulu pakar astronomi tidak dapat memastikan sama
ada galaksi-galaksi di luar galaksi bima sakti wujud.
Apabila teleskop mula-mula digunakan pakar astronomi telah menjumpai
banyak tompok-tompok di langit yang kelihatan samar-samar. Tompok-tompok
ini dengan mudah dapat dibezakan daripada bintang dan mereka yang kelihatan
serupa dan sepadan telah dikelaskan sebagai nebula. kebanyakkan pakar
astronomi mempercayai pada masa itu bahawa nebula-nebula itu terletak
di kawasan Bima Sakti.
Dengan pembaikan teleskop data yang lebih terperinci telah diperoleh
dan didapati bahaw sebahagian daripada nebula-nebula mengandungi bintang
individu. Bentuk lingkaran telah juga diperhatikan dan nebula ini dinamakan
nebula lingkaran. Walau bagaimanapun masih tidak terdapat sebarang bukti
nebula-nebula gas atau lingkaran ini terletak diluar Bima Sakti dan
mereka terus dikelaskan sebagai nebula .
Perdebata dan pertengkaran berterusan sehingga tahun 1924.Pada tahun
itu, pakar astronomi Edwin Hubble telah menjumpai beberapa bintang khas
yang terletak di salah satu nebula . Daripada ciri-ciri bintang khas
ini Hubble telah berjaya membuat kesimpulan bahawa bintang serta nebula
tersebut berada jauh di luar kawasan Bima Sakti . Selepas itu banyak
cara-cara lain telah digunakan untuk mengukur jarak galaksi dan kajian
ini membawa kesedaran bahawa alam semesta jauh lebih luas daripada apa
yang dibayangkan.
Jenis
galaksi
Galaksi wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. :Kebanyakan berbentuk
lingkaran, seperti bima sakti, atau elips dan sebahagian kecil berbentuk
tidak sekata.Galaksi tidak sekata kelihatan mempunyai cirri-ciri yang
menunjukkan bahawa mereka telah diganggu.
Bilangan bintang dalam sebuah galaksi adalah beberapa ratus juta untuk
untuk galaksi kecil atau beberapa ribu juta bagi galaksi raksasa.Bimasakti
adalah sebuah galaksi yang agak besar berdasarkan saiz dan bilangan
bintangnya.
Pada suatu masa dahulu, galaksi berbunruk elips diangkakan perlahan-lahan
meleper dan menghasilkan lengan-lengan lingkarandan galaksi elips adalah
dua jenis galaksi berlainan, dibentuk dengan cara berlainan dalam keadaan
berlainan dan suatu jenis tidak dapat berevolusi menjadi jenis yang
lain.
Selain daripada bintang, galaksi lingkaran mengandungi gas dan debu.
Apabila sebuah galaksi lingkaran dilihat dari sisi, awan awan debu yang
padat dapat dilihat di lengan lingkaran. Galaksi elips tidak mempunyai
banyak gas. Ini dipercayai kerana kebanyakan gas atau debu telah menjadi
bintang atau ditiup keluar apabila galaksi ini pertama dibentuk beribu
juta tahun yang lalu. Galaksi kecil jenis elips adalah jenis yang paling
banyak terdapat di alam semesta dan saiz mereka amnya besar sedikit
daripada kluster-kluster globul yang wujud di pinggir Bima Sakti.
Galaksi yang paling dekat dengan kita ialah tiga galaksi kecil yang
dinamakan awan awan Magellan Besar, Kecil dan Mini, sempena pengembara
Ferdinand Magellan.Awan Magellan Mini telah dijumpai pada tahun 1984.
Sebelum ini, pakar astronomi telah menyangkakan bahawa Awan Magellan
Kecil terdiri drpd dua bahagian.
Pengukuran semasa menunjukkan bahawa ia adalah dua galaksi berasingan.
Galaksi besar berlingkar yang berada di buruj Andromeda (Gambar 5) adalah
lebih serupa dengan galaksi Bima Sakti. Ia terletak antara dua juta
tahun cahaya daripada kita dan merupakan objek yang paling jauh yang
dapat dilihat oleh mata kasar. Bayangkan bahawa cahaya yang dilihat
datang dari galaksi Andromeda pada malam ini telah bertolak dari galaksi
tersebut dua juta tahun yang lalu. Apa yang kita lihat ialah Andromeda
dalam sejarahnya dua juta tahun yang lalu dan apa yang berlaku pada
saat ini di galaksi tersebut tidak kita tahui melainkan kita berada
disitu.
Sekiranya kita cuba menghantar isyarat radio pada makhluk-makhluk di
galaksi lain isyarat ini akan mengambil masa beribu juta tahun untuk
sampai ke sana dan beribu juta tahun pula akan berlalu sebelum kita
mendapatkan balasan daripada makhluk makhluk disitu. Komunikasi antara
galaksi nampaknya agak sulit sekiranya kita ingin jawapan yang segera.
Kembali
ke Artikel Falak