TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH: GERHANA PENUH BULAN PADA 15 RAMADHAN 1424

Oleh : Dr. (H) Kassim bin Bahali, Balaicerap Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Melaka

 

Ramadhan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana pada bulan ini Islam diberi peluang merebut pelbagai ganjaran yang Allah sediakan . Di siang hari melaksanakan perintah Allah dengan menahan diri dari pekara-pekara yang membatalkan ibadah puasa dan malam harinya dengan ibadat solat tarawikh dan qiam. Diantara ganajaran yang paling tinggi yang Allah sediakan ialah malam istimewa iaitu malam lailatulqadar. Pada malam tersebut Allah menyediakan ganjaran bagi yang beramal pada malam tersebut dengan ganjaran amalan seribu bulan. Allah mengingatkan kita di dalam AlQuraan yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (AlQuraan) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seibu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

AlQadr: 1-5

Ramadhan tahun ini 1424H mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana pada malam 14 Ramadhan ( 8/9 November 2003) sebahagian Bumi akan mengalami gerhana penuh Bulan. Disamping umat Islam Islam melaksanakan ibadat puasa, mereka juga dipersaksikan tanda-tanda kebesaran Allah pada malam tersebut. Bagi orang yang beriman dan Ulil Albab apabila ia melihat tanda-tanda kebesaran Allah akan bertambah keimanan dan ketaqwaan mereka. Kejadian gerhana Bulan dan Matahari adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah.

"Telah terjadi gerhana matahari pada hari wafatnya Ibrahim putera Rasulullah s.a.w. Berkatalah manusia: Telah terjadi gerhana matahari kerana wafatnya Ibrahim. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w"Bahawasanya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah mempertakutkan hamba-hambaNya dengan keduanya. Matahari gerhana, bukanlah kerana mati seseorang atau lahirnya. Maka apabila kamu melihat yang demikian, maka hendaklah kamu shalat dan berdoa sehingga habis gerhana."

(Bukhari & Muslim)

Pada malam tersebut selepas selesai umat Islam mengerjakan ibadat solat Tarawih mereka boleh melaksanakan ibadat solat sunat gerhana Bulan dan mendengar khutbah solat gerhana jika dilakukan secara berjemaah. Kejadian gerhana berlaku apabila bulan memasukki bayang Bumi semasa ia beredar menggelilingi Bumi di dalam orbitnya. Kawasan bayang gelap Bumi dinamakan Penumbra dan kawasan separa gelap dinamakan penumbra.(lihat rajah di bawah).

Apabila ia memasukki kawasan penumbra cahaya permukaan Bulan akan kelihatan pudar dan apabila ia memasukki kawasan penumbra ia akan kelihatan kemerahan tembaga atau gelap.

 
Gerhana penuh Bulan kali ini adalah kali yang kedua dalam tahun 2003. Kali pertama ia berlaku adalah pada 16hb. Mei. Umat Islam di Eropah dan Barat Afrika akan dapat melihat keseluruhan gerhana tersebut sepanjang malam. Tetapi gerhana tersebut tidak dapat dilihat dari Malaysia. Bagi mereka yang mengerjakan umrah pada pertengahan Ramadhan di tanah suci Mekah akan dapat menyaksikan gerhana ini selepas tengah malam ketika awal pagi waktu yang baik lakukan qiam di tepi Kaabah sambil melihat kebesaran Allah.
Fred Espanek

Pergerakan Bulan memasuki kawasan bayang Umbra dan penumbra. Bulan berada dikawasan Umbra sepenuhnya hanya 25 minit bermula dari 01:06UT hingga 01:31UT.

 

^^ Atas

Kembali ke Artikel Falak