MENGKAJI
PLANET MUSYTARI
Mengkaji planet terbesar di dalam sistem solar boleh menjadi lebih menyeronokkan
walaupun hanya menggunakan sebuah teleskop ringkas,anda berupaya menjadikan
hasil pengkajian tersebut sebagai bahan saintifik yang berkekalan dan
bernilai.
Musytari kerap kali diperkatakan sebagai planet untuk pengkajian para
pengkaji amatur,sepertimana pendapat Glenn Orton yang menyatakan ia
menawarkan peluang keemasan kepada para pengkaji amatur untuk memberi
sumbangan yang besar ke dalam bidang astronomi.Apa yang diperlukan ialah
keazaman yang kukuh dan keberkesanan peralatan yang digunakan.
PERALATAN
Setiapkali apabila topik tentang pelaksanaan pengkajian saintifik yang
berkualiti diperbincangkan,antara persoalan utama yang diutarakan ialah
; apakah teleskop terbaik untuk digunakan?Jawapannya sungguh mudah;teleskop
yang berkeupayaan untuk menghasilkan perbandingan pemandangan yang ketara.Umumnya
keadaan iniakan menghasilkan pemandangan dengan warna yang lebih tepat
iaitu menggunakan alat pembias cahayayang berupaya membanding beza struktur
keadaan sebuah planet daripada keupayaan kosong tanpa warna hingga keadaan
yang dipenuhi warna serta bantuan daripada alat pemantul cahaya Newtonian
dengan kebolehan jarak fokus yang mudah dilaraskan mengikut kesesuaian
penggunaan.Penggunaan teleskop bercermin besar yang kompleks seperti
Schmidt-Cassegrains atau Maksutov-Cassegrains adalah tidak digalakkan.Walaubagaimanapun,para
pengkaji tidak harus cepat berputus asa dalam siri pengkajian planet
Jupiter walaupun masih ragu-ragu dalam pemilihan teleskop terbaik yang
boleh digunakan.Banyak penemuan penting berjaya dilakukan oleh golongan
amatur dengan hanya berbekalkan teleskop biasa seperti Schmidt Cassegrains.
Sebenarnya yang dikatakan teleskop terbaik adalah sebuah teleskop yang
digunakan secara berkesan oleh penggunanya.Kita seharusnya terlampau
mementingkan jenis teleskop yang digunakan,sebaliknya memastikan mutu
kantayang digunakan bermutu tinggi dan sesuai.Saiz turut memainkan peranan
yang penting-alat pembias cahaya 5 inci yang sesuai atau alat pemantul
cahaya 6 inci yang didirikan di atas sebuah kawasan tanah tinggi merupakan
keperluan minimum untuk suatu pengkajian serius ke atas planet Jupiter.Alat
yang lebih besar adalah lebih baik kerana ia membenarkan penelitian
yang lebih tepat ke atas maklumat yang diperolehi dan hasilan diskrit
yang terdiri daripada kesan banding-beza yang kurang ketara.
Walaupun planet Jupiter sangat besar dan cerah,ia menghasilkan imej
yang kurang bermutu di bawah kuasa pembesaran yang lebih tinggi.Oleh
sebab itu,anda akan jarang sekali menggunakan kuasa pembesaran melebihi
40x per inci dalam suatu sela sesuatu kanta.Saya mendapati bahawa kanta
pembesar milik saya yang berukuran 8 inci hanya terhad kepada kira-kira
kuasa pembesaran 200x pada waktu malam untuk suatu pemandangan yang
jelas.Bagi optik teleskop pula,lensa tersebut harus berupaya memaparkan
pemandangan yang jelas,tajam dan beza kontras yang tinggi.Ramai pengkaji
planet yang telah berkecimpung secara serius dalam bidang ini memmilih
teleskop jenis Plossl yang berkualiti tinggi atau lensa ortoskopik hinggalah
kepada jenis yang kompleks yang direka khas untuk mendapatkan pemandangan
yang sangat luas.
Penapis warna yang terdapat bersama-sama lensa teleskop akan dapat memperbaiki
daya kontras untuk sesetengah ciri Jovian sekaligus dapat membantu dalam
mengenal pasti ciri-ciri tersebut.
Sebagai
garis panduan umum,pilih penapis warna dengan warna yang bertentangan
dengan ciri-ciri yang hendak dikaji.Misalnya untuk Great Red Sport (
GRS ) dan lingkaran merah keperangan sangat sesuai dilihat menerusi
penapis berwarna biru seperti Wratten 82A ( biru lembut ), 80A ( biru
muda ), atau 38A ( biru ).Penapis berwarna merah seperti Wratten 21
( merah jingga ), 23 ( merah lembut ), dan 25 ( merah ) boleh digunakan
untuk mempertingkatkan mutu ciri-ciri kebiruan seperti projeksi dan
corak sesperti karangan bunga yang ditemui pada bahagian hujung selatan
Lingkaran Utara Khatulistiwa.Saya menggunakan penapis-penapis warna
kuning seperti Wratten 12 ( kuning muda ) dan 8 ( kuning lembut ) untuk
mempertingkat tahap kontras pada pemandangan di sekitar kawasan kutub.
Penapis
warna jenis Wratten 8 berfungsi secara berkesan sebagai alat peningkat
daya kontras serbaguna.Pelaksanaan eksperimen adalah cara terbaik untuk
mencari alat penapis warna terbaik yang sesuai digunakan dan bertepatan
dengan ciri-ciri Jovian.Contohnya, saya telah menemui bahawa penapis
warna kuning sangat berkesan dalam penelitianb kawasan selatan yang
menunjukkan daya kontras yang rendah dan beriklim sederhana.Bergantung
kepada keadaan semasa penelitian dilaksanakan, pengkajian tanpa menggunakn
alat penapis warna kadangkala terbukti sebagai satu stategi yang bijak.
PENGKAJIAN
Sememangnya, walaupun teleskop terbaik yang dilengkapi dengan dengan
alat pnapis warna yang sesuai pun masih tidak mampu menancingi keadaan
atmosfera yang tidak menentu yang menyukarkan pengkajian dilaksanakan.Sebuah
pertubuhan iaitu The Association of Lunar and Planetary Observers (
ALPO ) menggunakan skala dari 0 hingga 10 untuk menggambarkan kesesuaian
keadaan untuk penglihatan dengan 0 disifatkan sebagai paling dahsyat
dan 10 sebagai yang terbaik.Seandainya tahap penglihatan anda adalah
kurang daripada 5, anda terpaksa menunggu di lain masa untuk menjalankan
pengkajian menggunakan peralatan berkuasa tinggi.
Jupiter adalah sebuah planet yang menyeronokkan untuk dikaji dengan
apa jua jenis teleskop.Walau dengan alat pembias cahaya pun ia akan
dapat memaparkan kepulan-kepulan awan dan empat bulan yang mengorbit
mengelilingi planet Jupiter yang sangat cerah.Jupiter juga menjanjikan
suatu pemandangan teleskopik yang dinamik- anda tidak akan mendapati
pemandangan yang sama berulang sebanyak 2 kali.Ini adalah kesan daripada
putarannya yang sangat laju- planet gergasi yang terdiri daripada gas
seperti Jupiter mempamerkan putaran yang berbeza.Ini kerana ia berputsar
lebih laju di bahagian khatulistiwa berbanding di bahagian kutub.Permukaan
Jupiter yang berjaya dikaji mempunyai 2 sistem putaran umum yang berbeza
kira-kira selama 5 minit; sistem I ( 9jam 50.5 minit ) dan sistem II
( 9jam 55.7 minit).
Kebanyakan
planet terdiri daripada corak pemutaran sistem II, manakala corak pemutaran
sistem I diaplikasikan pada zon khatulistiwa.
Sekiranya anda berhasrat untuk mengkaji Jupiter secara serius, anda
perlu mengkaji sekerap mungkin kerana semakin kerap anda menghabiskan
masa dengan lensa anda, anda akan menjadi lebih cekap dalam pemerhatian
ciri-ciri diskrit yang terdapat pada planet tersebut.Satu cara untuk
mengenali Jupiter adalah dengan mengadakan lukisan sepenuhnya terhadap
corak kepulan awan yang sentiasa berubah.Selalunya tugas ini meliputi
mengadakan gambaran kasar tentang keadaan keseluruhan planet dalm satu
masa dalam bentuk bahan belum bercetak.Perlu diingatkan untuk melampirkan
sekali tarikh dan masa ( berpandukan Waktu Universal ).Anda memulakan
dan mengakhiri sessi melukis, begitu juga dengan keadaan penglihatan,
jenis teleskop yang digunakan,alat pembesar dan penapis warna jika digunakan.
Suatu variasi yang terbentuk dari lukisan yang disimpan di dalam cakera
liut merupakan jaluran gambaran kasar.Untuk membuat jaluran ini, anda
Cuma masa.Melalui pemfokusan pemerhatian ke atas kawasan kecil planet
lebih banyak maklumat terperinci dapat direkod.Oleh itu jaluran gambaran
kasar adalah lebih berharga daripada satu lukisan berupa keadaan keseluruhan
planet.
Disebabkan kekerapan putaran yang terlalu tinggi,sesebuah lukisan sepenuhnya
perlu disiapkan dalam masa lebih kurang 20 minit bagi memastikan agar
ciri-ciri tersebut berturutan.Sebuah jaluran gambaran kasar,secara kontrasnya
mungkin berturutan,merekodkan pelbagai ciri apabila ia merentasi meridian
pusat(CM),suatu bayangan garis utara-selatan yang merentasi pusat planet
itu.Borang pengkajian untuk kedua-dua jenis pelukisan itu boleh didapati
di laman web ALPO.www.lpl.arizona.edu/alpo/.
Walaupun pelukisan itu penting,namun perekodan tempoh masa perjalanan
meridian pusat untuk ciri-ciri Jovian adalah maklumat dsaintifik paling
berharga yang boleh dihasilkan oleh seorang amatur.Merujuk kepada Phillip
Budine,bekas pembantu kordinasi perekodan tempoh perjalanan untuk Bahagian
Jupiter di ALPO, Visual pengkajian tempoh perjalanan CM telah
menyediakan hampir kesemua maklumat berkenaan putaran ciri istimewa
planet Jupiter
Para pengkaji yang gigih pasti berjaya menghasilkan maklumat yang sangat
banyak.Prosedurnya sangat mudah: dengan berpandukan jam dengan kejituan
kira-kira 30 saat,pastikan masa (dalam Waktu Universal) suatu ciri muncul
di atas meridian pusat.Untuk ciri-ciri yang besar seperti GRS,pastikan
perjalanan CM untuk sisi yang terdahulu,di tengah dan seterusnya,kemudian
ambil puratanya.Selepas itu anda boleh menjumpai longitud Juvian .Ciri
itu hanya dengan memeriksa masa yang tercatat pada sesuatu bahan ephemeris
bercetak atau pada mana-mana program carta berkomputer yang mengira
longitud Jovian .Seandainya anda mengkaji sesebuah ciri terlalu lama,anda
akan mendapati berlakunya perubahan posisi.Melalui pemplotan longitud
ciri tersebut berbanding tarikh pengkajian dilakukan ,anda akan mendapati
kadar perjalanan ciri tersebut pada suatu latitud khusus.
Pada hari ini, ramai amatur telah menolak penggunaan kertas dan pen
yang bersifat konvensional dan beralih kepada penggunaan kamera CCD.Bagi
golongan amatur yang berkemahiran ,CCD berupaya menghasilkan imej yang
hebat serta mampu menghasilkan jenis maklumat yang sama seperti cara
yang digambarkan di atas.Tambahan pula,banyak ciri-ciri dengan keadaan
kontras yang terlalu halusuntuk pengkajian visual berjaya dirakamkan
dengan menggunakan kamera CCD.Sewaktu kemunculan terbaru Jupiter,imej
daripada kamera CCD berjaya memaparkan pengkajian terperinci mengenai
ciri-ciri yang mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk dijumpai.
KISAH DUA OVAL
Pemerhatian ke atas Jupiter boleh dikatakan sebagai menarik dan memberi
banyak penemuan saintifik yang hebat sepertimana yang diilustrasikan
oleh kes Oval untuk South Temperate Belt (SEB).Selama 60 tahun tiga
oval yang besar dan cerah menunjukkan BC,DE dan FA telah dikaji di STEB.Walau
bagaimanapun apabila Jupiter keluar daripada kawasan kilauan Matahari
sewaktu kemunculan berlaku pada permulaan tahun 1998-1999,adalah suatu
berita yang mengejutkan kepada kebanyakan ahli falak yang beranggapan
bahawa kedinamikan oval-oval ini akan menyebabkan ia akan menghentam
antara satu sama lain ssekiranya wujud suatu isyarat perhubungan.
Sebuah
gabungan oval baru (dinamakan BE) muncul lebih besar tetapi kurang cerah
berbanding pasangan asal yang belum berpadu.Sewaktu kadar kehanyutan
dan kedudukan mereka berubah,dua oval yabg terselamat kekal berasingan.
Sewaktu berlaku kemunculan sekitar tahun 1999-2000,para pengkaji terus
meneliti pergerakan dramatik BE dan FA.Pada April 1999,bahagian pusat
mereka telah terasing sebanyak longitud 20 darjah.Tetapi sewaktu berlaku
pembaharuan dalam kemunculan itu,golongan amatur yang terlibat dalam
perekodan perjalanan CM dan imej CCD berjaya memaparkan jurang antara
kedua-dua oval sewaktu berlaku penutupan.Organisasi-organisasi seperti
ALPO dan Pertubuhan Ilmu Astronomi British memastikan komuniti profesional
sentiasa mendapat bekalan tentang perkembangan terbaru dan ukuran kedudukan
berpandukan maklumat yang diperoleh daripada ahli falak amatur.Maklumat
maklumat ini sangat sukar diperolehi iaitu perbezaan kontras antara
oval-oval dan latar belakang zon yang sangat malap.
Kembali
ke Artikel Falak