 |
PENGUMUMAN
Sukacita dimaklumkan beberapa aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2012 :
- Lawatan dan cerapan di Kota Bharu, Kelantan pada 2-4 Mac 2012.
- Lawatan ke Pontianak, Kalimantan untuk cerapan equinoks Matahari melintasi garisan Khatulistiwa pada 21 Mac 2012.
- Muktamar Sanawi PFSNM ke 9 pada 21 April 2012
- Sambutan Hari Falak dan 'Sedekad Kompleks Falak Al-Khawarizmi' pada 12-13 Mei 2012.
- Cerapan transit Zuhrah pada 6 Jun 2012.
Semua ahli persatuan dialu-alukan untuk menyertai aktiviti yang dirancang. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi no. telefon 062847920/21.
|
PENGENALAN
Persatuan
ini telah ditubuhkan secara rasmi dengan nama Persatuan Falak Syarie Negeri
Melaka pada 26 Jun 2001. Ia telah didaftarkan kepada Jabatan Pendaftar
Pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran
666.
Ia ditubuhkan oleh sebuah jawatankuasa penaja yang dipengerusikan oleh
Ybhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mufti
Negeri Melaka. Idea bagi mewujudkan persatuan ini telah didorong oleh
rasa prihatin terhadap perlunya ilmu falak syarie disebarluas dan dimartabatkan
kedudukannya dalam masyarakat Islam hari ini sebagaimana yang berlaku
di zaman kegemilangan Islam.
Matlamat utama persatuan ini ialah untuk mengembangkan ilmu falak ini
berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Amalan perkongsian bijak
akan diterapkan dalam aktivitinya bagi merealisasikan visi dan misi persatuan
ke arah mewujudkan hubungan antarabangsa dalam bidang ini menerusi ruang
siber.
Sasaran utama persatuan dalam pengembangan ilmunya ialah pelajar-pelajar
di peringkat sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung serta mereka
yang berminat.
Laman web Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka yang diwujudkan ini berperanan
sebagai landasan persatuan menyampaikan maklumat berkaitan ilmu falak
kepada ahli-ahli dan masyarakat umum yang memerlukannya. Selamat melayari
laman web ini. Semoga anda diberkati ALLAH.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih pergantian
malam dan siang, terdapat tanada-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan
rahmat Allah) bagi mereka yang berakal; (Iaitu ) mereka yang menyebut
dan mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata;
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka
(Surah
Ali Imran : 190-191) |