|
Al-Quran
dan Falak
ASTRONOMI
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan
beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang
Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Yaa sin : 38)
Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Ayat ini:
Tanda yang tersendiri yang menunjukkan kekuasaan Allah Taala dalam
ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada obitnya sehingga ke penghujung
pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada
Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai setiap sesuatu. Terdapat dua
pendapat ulama tafsir di dalam mentafsirkan maksud orbit iaitu:
1. Satu tempat yang berada di bawah Arasy yang hampir dengan bumi
pada satu arah di mana kedudukan matahari dan sekelian makhluk masih tetap
berada di bawah Arasy.
2. Tahap akhir perjalanannya iaitu hari qiamat. Ini telah dibuktikan oleh
ahli astronomi bahawa terdapat petambahan putaran matahari secara jelas
di tengah-tengah bintang disebabkan pusinagn bumi di sekeliling matahari
setahun sekali. Bagi matahari terdapat dua pergerakan yang lain iaitu
pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet
yang bergerak di sekitar system solar dan galaksi dengan kecepatan yang
amat tinggi.
Mustaqir pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan
paksi yang tetap manakala ulama kedua berpendapat ia merupakan pergerakan
system solar bersama-sama kumpulan planetnya.
(Rujukan : tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17)
Perbahasan
Bagi bulan terdapat satu orbit yang tetap iaitu mengelilingi bumi dan
berputar di atas paksinya. Ia juga bergerak mengiringi bumi mengelilingi
matahari. Matahari pula mempunyai dua gerakan iaitu:
1. Gerakan di atas paksinya sendiri.
2. Pergerakan menuju ke bintang Vega. Ia mengorbit di dalam uatu orbit
yang terlalu besar sehingga tidak diketahui luas orbitnya. Oleh yang demikian,
matahari dan bulan sebenarnya tidak mungkin bertembung atau berlanggar
antara satu sama lain kerana masing-masing memiliki orbit yang tersendiri
yang tidak mungkin akan bertembung antara keduanya. Bulan seolah-olah
berpusing di dalam dua pusingan iaitu satu pusingan menglilingi bumi dan
satu pusingan mengiringi bumi mengelilingi matahari.
Demikianlah kekuasaan Allah Taala mencipta, mengatur dan mentadbir
jagat raya ini. Maha Suci Allah dan segala puji-pujian hanya layak untukNya
jua.
Rujukan:
(Al-Quran dan Sains oleh Dr. Hj. Jamnul Azhar b. Hj. Mulkan)
|