|

Menurut
riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan,
bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali
muncul dari air selepas penciptaannya dan
daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan
terhampar. Keistimewaan yang terdapat di
Makkah ialah Masjidil Haram.
Keistimewaan
Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah
atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi
umat Islam.
Baitullah
adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir
empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya
lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan
ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram.
Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat
Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan
untuk mengerjakan tawaf.
|