|
 
Menurut
sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh
Allah dari langit ke atas Jabal Qubais.
Ia merupakan sebiji permata putih, lebih
putih dari salji, tetapi lama - kelamaan
menjadi hitam sebab disentuh oleh orang
- orang musyrik.
Kalau
tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya
menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan
dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi
wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas
r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda
:" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga
dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa
manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi
hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
|