|

Hijir
Ismail adalah pagar batu berlingkar. Tingginya
11/2 meter. Letaknya berdampingan dengan
Kaabah di sebelah utara. Ia dibangunkan
oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan
Kaabah.
Hijir
Ismail itu pada mulanya cuma merupakan pagar
batu yang sederhana sahaja. Kemudian para
Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa
telah memecahkan dan membangunkan semula
pagar batu itu dengan batu mamar.
Berdasarkan
kepada sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi
wasallam, sebahagian dari Hijir Ismail itu
adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan
oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud,
'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat
ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang
di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang
tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir
Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu
di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam
Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy)
telah meninggalkan bahagian ini di luar
semasa mereka membina semula Kaabah".
Adalah
disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah
mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan
berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat
pula dua rakaat di Hijir Ismail.
|