|

Salah
satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah
banyaknya nama dan sebutan bagi kota itu.
Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan
Nama yang paling popular adalah sebutan
"Al MADINAH AL MUNAWWARAH", iaitu kota yang
disinari dan menyinari".
Di
segi geografi, kota ini terletak di antara
39 - 40 darjah garis bujur di timur dan
24 - 25 garis lintang utara. Jaraknya dari
laut merah lebih kurang 170 kilometer, dari
Mekah 450 kilometer dan dari ibu negara
Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang
1,000 kilometer.
Nabi
Muhammad s.a.w. menjadikan Kota ini sebagai
tempat tinggal sejak tahun 622 masehi. Sejak
itu pula diberi nama Al-Madinah Al-Munawwarah
(kota yang disinari) yang mana sebelumnya
bernama Yatsrib.
Kota ini adalah bahagian dari bumi yang
dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Ia jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu
'alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya
: " Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari
bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah
aku tempat menetap di bahagian bumi yang
paling Engkau cintai".
Kota ini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai
tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah,
dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga
tiga kali. Bahkan Nabi selalu mendoakan
ketenteraman dan keberkatan bagi kota ini.
Dari kota inilah Islam berkembang memancar
keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah
juga jasad Nabi akhir zaman dimakamkan.
|