|
Kalau
kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat,
bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan
empat persegi berwarna hijau tua yang unggul
dan berwibawa serta memancarkan bau wangi-wangian.
Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah,
iaitu rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah
dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.
Sejak
Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11
hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua.
Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan)
untuk makam Nabi dan yang bahagian utara
tempat tinggal Saidatina 'Aisyah.
Rumah
ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya
dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang.
Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi
Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna
kalau kita melihat kubah hijau bererti kita
melihat makam Nabi S.A.W.
Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama
) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan
di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W.
Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi
S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.
|