|

Disebut Masjid Nabawi kerana
Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya
dengan kalimah, " Masjidku ini", pada setiap
kali baginda menerangkan tentang sebuah
masjid yang sekarang berada di pusat kota
Madinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku
ini lebih utama daripada sembahyang seribu
kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".
Dalam satu riwayat lain,
Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang
di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka
ia pasti selamat dari neraka dan segala
siksa dan selamat dari sifat munafik".
Masjid ini didirikan oleh
Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda
pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas
1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah
barat rumah baginda yang sekarang rumah
itu menjadi makam baginda dan masuk dalam
bangunan masjid.
Berziarah ke masjid Nabawi
ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat.
Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda
Nabi yang berbunyi; bermaksud," Janganlah
kau mementingkan kepergian kecuali kepada
tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku
ini dan Masjid Aqsa'.
|