|
 
Multazam terletak di antara
Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan
Multazam bermakna," Melekat", sebab dipanggil
demikian, kerana disinilah seseorang itu
patut melekatkan dadanya semasa berdoa.
Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas
r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak
di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap
ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas
kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau
berkata," Daku melihat Rasullullah s.a.w.
melakukannya".
|