|
MENUJU
KE JALAN ALLAH
Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat
Allah SWT yang telah memberikan taufik dan
hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan
berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat
mencari penentuan hidup yang diredhai Allah.
Kita juga harus bersyukur kerana kita telah
dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya
dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan
fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan
Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi
satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran
dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal
kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai
Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan
akhirat.
PENGGUNAAN
HARTA
Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada
mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya,
yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam
semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan
di mana aspek tersebut jika digunakan bagi
tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk
menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak
kegunaan harta yang sebaik-baiknya.
IBADAH
HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan
dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang
tepat menuju akhirat setelah sekian lama
kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya
mereka sanggup berkorban harta benda, wang
dan jiwa raga untuk memperhambakan diri
dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka
tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk
dan hidayah serta ketinggian martabat iman
di sisi Allah.
PENGORBANAN
HAJI
Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan
dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan
yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya
bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan
perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan
bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan
seseorang itu menanggung perpisahan dengan
keluarga, sanak saudara, sahabat handai,
harta kekayaan dan kampung halaman serta
menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam
ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan
yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan
ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang
tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh
dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik
berkipas atau berhawa dingin, begitu juga
puasa boleh berbaring-baring malah tidur
pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak
perlu keluar rumah.
Ibadat
haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai
kehendak ibadatnya dengan begitu mudah,
kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah
Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan.
Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari
kelaziman dan kesenangan yang diterima selama
ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak
memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan
seperti di negara sendiri. Kita terpaksa
berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian
putih di atas padang pasir memperkata dan
membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon
keampunan dan keredhaan sebelum kembali
kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak
pengorbanan seseorang hamba kepada Allah
sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran
yang banyak serta hikmah yang besar.
Firman
Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga
29, maksudnya: "Dan serulah manusia supaya
mereka mengerjakan haji, nescaya mereka
akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan
menunggang kenderaan berjenis-jenis unta
yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk
rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan
pelbagai perkara yang mendatangkan faedah
bagi mereka, serta mereka dapat mengingati
dengan menyebut nama Allah pada hari-hari
yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan
mereka binatang-binatang ternakan untuk
dijadikan qurban.
Dengan
yang demikian makanlah darinya (daging qurban
itu) dan berilah makan kepada orang yang
susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan
diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan
nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka
tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya
itu)".
Dalam
ayat tersebut Allah memerintahkan supaya
haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun
dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang
unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan.
tah ada balasannya, balasan bagi haji ada
dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah
SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah,
maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji
ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan
persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang,
maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada
hari ia dilahirkan oleh ibunya".
|