Soalan
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat
haji?
Jawapan
Kemampuan ialah:
a.
Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan
yang dibawa dan orang yang tinggal yang
wajib ditanggung nafkahnya.
b.
Sihat badan
c.
Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d.
Tidak suntuk masa untuk pergi setelah
ada kemampuan pada tahun itu.
Soalan
Adakah hukumnya salah, apabila seseorang
mengerjakan haji dari perbelanjaan yang
dikeluarkan oleh orang lain?
Jawapan
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya
kerana takut menanggung budi.
Soalan
Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan
fardhu haji?
Jawapan
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan.
Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau
dia berhutang juga sedang dia tidak ada
cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa
kerana menyusahkan dirinya dengan perkara
yang belum diwajibkan.
Soalan
Adakah dibolehkan seorang mengerjakan
haji sedangkan dia belum melunaskan semua
hutangnya yang dibayar setiap bulan dari
potongan gajinya?
Jawapan
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana
ia ada mempunyai cagaran untuk membayar
hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan
yang memang tidak digunakannya untuk membayar
hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila
sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan
wang itu melainkan kalau digunakannya
wang itu semua untuk membayar hutangnya
itu.
Soalan
Sahkan haji seseorang yang menggunakan
wang si-noman di mana dia adalah penerima
yang pertama?
Jawapan
Sah hajinya