Soalan
Bilakah masa bagi melontar jamrah Aqabah
pada hari Nahar?
Jawapan
Sebaik sampai dari Muzdalifah selepas
tengah malam 10 Zulhijjah.
Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari
Tasyrik tanpa melontar jamrah Aqabah pada
hari Nahar?
Jawapan
Tidak sah melontarnya. Kerana wajib tertib
pada melontar pada hari-hari tersebut.
Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari
Tasyrik tanpa melontar jamrah di Hari
Tasyrik sebelum tergelincir matahari?
Jawapan
Tidak sah untuk melontar hari itu. Tetapi
sah untuk hari semalam yang telah berlalu.
Soalan
Sesudah melontar jamrah Aqabah pada 10
Zulhijjah dan kembali ke Makkah untuk
bersembahyang Subuh di Makkah, boleh atau
tidak masuk ke Mina pada 10 Zulhijjah
selepas waktu Isyak?
Jawapan
Boleh. Asal sahaja bermalamnya melebihi
dari separuh malam.
Soalan
Adakah sah melontar Jamrah Aqabah di sebelah
belakang? Apakah yang harus dilakukan
jika ini terjadi? Adakah dikenakan dam
kerana ia bercukur selepas melontar?
Jawapan
Tidak sah. Ia dikenakan dam kerana bercukur
sebelum masanya. Kalau masa melontar masih
ada ia wajib melontar semula. Jika sudah
selesai masanya iaitu keseluruhan hari
Tasyrik dia dikenakan dam pula kerana
tidak melontar.
Soalan
Bolehkah seorang melontar jamrah untuk
dirinya dan orang lain dengan sekali jalan?
Jawapan
Tidak boleh. Ia mesti menyelesaikan semua
lontaran bagi dirinya pada tiga-tiga jamrah