Soalan
Apakah perbezan di antara bermalam di
Muzdalifah dan di Mina?
Jawapan
Bermalam di Muzdalifah cukup dengan sekejap
masa selepas tengah malam manakala bermalam
di Mina mesti dengan masa yang terbanyak
dari bahagian malam.
Soalan
Adakah dikenakan dam jemaah haji yang
tidak bermalam di Muzdalifah kerana dibawa
oleh pemandu bas langsung ke Mina sebelum
lewat tengah malam?
Jawapan
Tidak dikenakan dam kalau ia tidak mengetahuinya
atau terpaksa berangkat sama.
Soalan
Bolehkah seorang yang uzur kerana sakit
dibenarkan tidak bermalam di Muzdalifah
dan adakah dia berdosa dan dikenakan dam?
Jawapan
Dibenarkan, tidak berdosa, dan tidak dikenakan
dam.
Soalan
Apakah hukumnya bagi jemaah haji yang
tidak dapat bermalam di Muzdalifah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah kerana bas lewat
tiba?
Jawapan
Gugur bermalam di Muzdalifah dan tidak
dikenakan dam.
Soalan
Apakah mengutip anak-anak batu hanya boleh
dibuat di Muzdalifah? Apa hukumnya jika
mengutip di tepi-tepi jalan di Mina?
Jawapan
Sunat mengutip anak-anak batu di Muzdalifah
kerana Nabi saw menyuruh sepupunya al-fadhi
bin Abbas mengutipnya untuk baginda pada
waktu Subuh di situ. Tetapi ia boleh dikutip
dimana-mana sahaja di tanah haram; hanya
makruh dikutip batu yang sudah digunakan
untuk melontar atau tempat yang najis.
Soalan
Apakah hukum bermalam di Muzdalifah sehingga
terbit fajar dalam keadaan sekitaran yang
sempit dan penuh sesak hingga menyulitkan?
Jawapan
Hukumnya adalah sunat dengan syarat tidak
menyukarkan.