Soalan
13.1 Apakah yang dikatakan nafar awal
dan nafar thani?
Jawapan
Nafar awal ialah beredar meninggalkan
Mina lebih awal iaitu bermalam hanya dua
malam dan melontar hanya dua hari iaitu
11 dan 12 Zulhijjah.
Nafar thani ialah bermalam 3 malam dan
melontar 3 hari.
Soalan
13.2 Apakah syarat-syarat nafar awal?
Jawapan
Syarat nafar awal ialah setelah bermalam
dua malam, malam 11 dan 12 dan melontar
dua hari 11 dan 12 Zulhijjah serta berangkat
keluar dari Mina sebelum Maghrib hari
12 Zulhijjah.
Soalan
13.3 Bolehkah seorang yang telah berniat
nafar awal, pulang semula ke Mina pada
hari 13 Zulhijjah atas sebab-sebab tertentu?
Jawapan
Boleh