Soalan
Terangkan mengenai rukun dan wajib haji?
Jawapan
Rukun haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib
Wajib
Haji 7 Perkara:
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada
10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang
2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya
dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal)
Soalan
Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan
Ada 3 macam cara:
a. Cara tamattuk iaitu mendahulukan umrah
sebelum haji dalam bulan-bulan haji.
b. Cara ifrad iaitu mendahulukan haji
sebelum umrah di dalam bulan-bulan haji.
c. Cara qiran iaitu dibuat haji dan umrah
sekali gus
Soalan
Apakah perbezaan cara-cara tersebut di
atas:-
Jawapan
Haji Tamattuk
Apabila seseorang itu sampai di Miqat/Jeddah
dia terus berniat mengerjakan umrah sahaja,
lalu dia masuk ke Makkah membuat tawaf
umrah, bersai dan bercukur. Dengan ini
dia keluar dari ihram. Ia boleh melakukan
perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
kecuali memburu binatang di tanah haram
atau mencabut pokoknya kerana larangan
ini tetap ada dalam tanah haram pada bila-bila
masa. Apabila sampai 8/9 Zulhijjah barulah
dia berihram untuk haji pula dari tempat
tinggalnya di Makkah dan meneruskan amalan
hajinya. Orang ini dikenakan dam.
Haji
Ifrad
Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah
ia terus berniat haji dan dia masuk ke
Makkah membuat tawaf Qudum (selamat datang)
hukumnya sunat dan dia boleh membuat sai
haji jika ia mahu dan tetap dalam ihram
hingga selesai amalan haji. Kemudian barulah
dia boleh membuat umrah.
Haji Qiran
Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah
ia berniat haji dan umrah sekali gus.
Dia meneruskan amalan haji sahaja. Umrahnya
termasuk sekali. Orang ini juga dikenakan
dam.
Soalan
Manakah yang lebih afdal dikerjakan di
antara haji tamattuk, ifrad dan qiran?
Jawapan
Yang lebih afdal haji ifrad. Tetapi di
sana ada satu pendapat bahawa orang yang
datang dari jauh dan lama pula duduk di
Makkah haji tamattuk lebih afdal kerana
lebih mudah, terutama orang yang tidak
biasa dengan cuaca Makkah
Soalan
Seorang yang mengerjakan umrah dalam bulan-bulan
haji kemudian ia keluar ke Madinah dan
bermiqat haji di Bir Ali, adakah haji
cara begini dikatakan haji ifrad atau
tamattuk dan adakah wajib membayar dam?
Jawapan
Haji ini dinamakan haji tamattuk tetapi
ia tidak di kenakan dam. Yang dikenakan
dam itu kalau ia telah meninggalkan miqat
haji tetapi sekarang ia telah keluar dan
bermiqat dari miqat haji.
Soalan
Seorang yang telah berniat mngerjakan
umrah tetapi kedatangan haidnya tidak
membolehkan dia menyempurnakan umrah hingga
ke hari Arafah. Bolehkah dia menukar niatnya
ke haji ifrad dan adakah wajib dia membayar
dam?
Jawapan
Selagi dia belum tawaf umrah dia boleh
memasukkan niat haji ke dalam umrahya
menjadi haji qiran dan dia dikenakan dam.
Kalau sudah mula tawaf tidaklah boleh
ia menukar niatnya.
Soalan
Apakah boleh mengerjakan haji ifrad atau
qiran bagi jemaah yang datang dari daerah
Asia Tenggara dengan tidak membawa kambing
korban?
Jawapan
Tidak wajib membawa kambing (hadyun) bagi
haji ifrad atau qiran menurut mazhab Syafii
hanya sunat muakkadah sahaja. Itu pun
bukanlah mesti daripada negerinya lebih-lebih
lagi seperti kita yang jauh ini keadaan
tidak membenarkan. Ia hanya dibawa daripada
miqat