Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan
di rumah ketika hendak berangkat, sedangkan
niat ihramnya dilakukan kira-kira lapan
jam kemudian?
Jawapan
Ya. Hasil pahala sembahyang sunat ihram
itu - tetapi kurang afdal.
Soalan
Haruskah bersembahyang jamak dan qasar
ketika wukuf di Arafah?
Jawapan
Tidak harus qasar. Hanya sunat jamak takdim
Zohor dengan Asar di Arafah dan Maghrib
dengan Isyak - jamak takhir di Muzdalifah.
Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan
di waktu tahrim?
Jawapan
Tidak hasil dan tidak diharuskan kecuali
jika dibuat dalam tanah haram Makkah.
Soalan
Seorang bersembahyang berjemaah di tempat
tinggalnya mengikut imam di Masjid Al-Haram.
Hasilkah jemaahnya? Adakah dia memperolehi
fadhilat 100,000 kali ganda?
Jawapan
Jawabnya tidak hasil jemaahnya melainkan
kalau dia menghadap pintu yang terbuka
terus menghadap ke arah Masjid Al-Haram.
Tetapi kalai ia hanya menghadap tingkap
atau tembok di rumah atau di bilik hotelnya
tidak sah berjemaahnya. Adapun bersembahyang
sendiri atau berjemaah di rumah dalam
kawasan tanah haram Makkah masih diharapkan
dapat fadhilat 100,000 kali salat.
Soalan
Mana lebih afdal, sembahyang sunat tahiyatul
masjid atau tawaf ketika kita masuk ke
dalam Masjidil Haram?
Jawapan
Yang afdalnya ialah tawaf. Andainya ia
tidak bertawaf bolehlah ia bersembahyang
tahiyyatul masjid.
Soalan
Adakah sembahyang sunat di Jabal Rahmah
itu dituntut?
Jawapan
Tidak dituntut, kerana tidak ada keterangan
bahawa ada sembahyang yang khusus di situ.
Soalan
Empat puluh sembahyang di Masjid Nabawi
yang di antara fadhilatnya terlepas dari
api neraka. Adakah sembahyang itu sembahyang
fardu atau sunat?
Jawapan
Sembahyangnya ialah sembahyang fardu empat
puluh waktu - kira kira berada selama
8 hari di Madinah.
Soalan
Bagaimana cara mengerjakan sembahyang
menghormati waktu?
Jawapan
Caranya dengan membuat apa yang boleh
dibuat daripada syarat dan rukunnya. Yang
tidak dapat dibuat itu dimaafkan. Jika
kurang syaratnya dikenakan Qadha.
Soalan
Terangkan cara yang sebaik-baiknya mengerjakan
sembahyang semasa berada di Masya’ir
pada hari Tarwiah, Arafah, Nahar dan Tasyrik?
Jawapan
Pada hari Tarwiah adalah afdal bersalat
lima waktu di Mina iaitu mulai dari Zohor
hari 8 Zulhijjah seterusnya Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Kemudian barulah beredar
ke Arafah untuk sembahyang Zohor dan Asar
sebelum masuk ke kawasan bumi Arafah 9
Zulhijjah di Arafah. Maghrib dan Isyaknya
di takhirkan untuk dibuat di Muzdalifah.
Subuh dibuat awal waktu di Muzdalifah
pada hari Nahar dibuat di Mina seperti
biasa.
Soalan
Apakah hukum jika sembahyang yang dilakukan
di Masya’ir dengan tidak berjemaah
beramai-ramai?
Jawapan
Tidak mengapa. Cuma kurang afdal.
Soalan
Adakah digalakkan jemaah haji wanita bershalat
Jumaat di Masjiil Haram dan Nabawi pada
masa yang sesak di musim haji terutama
pada Jumaat terakhir sebelum Hari Arafah?
Jawapan
Tidak digalakkan.