Soalan
Apakah erti Tahallul?
Jawapan
Tahallul ialah keluar dari ihram dengan
berukur atau bergunting setelah sampai
masanya.
Tahallul
awal : ialah bercukur lebih awal di Mina
sebik baik sahaja sampai dari Muzdalifah
pada 10 Zulhijjah setelah melontar jamrah.
Tahallul
thani : ialah setelah bertawaf dan bersai
haji sekembalinya ke Makkah setelah selesai
wuquf.
Soalan
Apakah perbezaan tahallul umrah dan tahallul
haji?
Jawapan
Tidak ada perbezaan. Cuma tahallul haji
dua macam awal dan thani.
Soalan
Adakah seorang itu boleh menggunting/mencukurkan
orang lain sebelum ia menggunting/mencukur
diri sendir?
Jawapan
Boleh. Kerana yang dilarang mencukur diri
sendiri atau orang lain ialah sebelum
masa yang diharuskan bertahallul.
Soalan
Bolehkah seorang yang mengerjakan haji
tamattuk itu bertahallul sebelum melakukan
penyembelihan dam?
Jawapan
Boleh. Kalau damnya berupa penyembelihan
kambing, afdal disembelih pada pagi Hari
Raya Haji. Tetapi kalau damnya berpuasa
iaitu 3 hari pada masa haji elok dibuat
pada 3 hari sebelum Arafah dengan syarat
setelah dia berihram haji iaitu pada hari
keenam, ketujuh dan kelapan bulan Zulhijjah.
Soalan
Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam
haid bertahallul?
Jawapan
Boleh
Soalan
Sesudah melontar Jamrah Aqabah, seoran
membuka ihramnya sebelum bertahallul.
Adakah dia dikenakan dam dan apakah bentuk
damnya?
Jawapan
Jika ia memakai pakaian yang berjahit
sebelum bercukur ia dikenakan dam. Damnya
ialah menyembelih seekor kambing atau
memberi makan 6 orang fakir miskin setiap
orang setengah gantang atau puasa tiga
hari. Boleh dipilih salah satu daripadanya.