Soalan
Haruskah air zamzam digunakan untuk:
i) Mandi?
Jawapan
Harus.
ii)
Membasuh?
Jawapan
Harus
iii)
Beristinjak?
Jawapan
Makruh - jika ada air yang lain - keuali
al-Imam al-Muhib al-Tabari menyatakan
haram - tetapi istinjaknya sah.
iv) Membersihkan
najis?
Jawapan
Makruh - kecuali al-Tabari mengatakan
haram.
Soalan
Adakah rosak air zamzam yang dimasak atau
dicampur air batu?
Jawapan
Tidak rosak.
Soalan
Adakah Mas’a sebahagian dari Masjidil
Haram?
Jawapan
Bukan dari Masjid.
Soalan
Manakah yang lebih afdal dikerjakan dahulu
ketika masuk waktu salat samada bersalat
atau menguruskan jenazah?
Jawapan
Bersalat dahulu. Kecuali jika jenazah
itu sudah agak lama perlu diuruskan segera.
Soalan
Bolehkah selama di Makkah (dalam Safar)
diperbolehkan tayamum walaupun ada air,
berdasarkan surah Al-Maidah ayat 6?
Jawapan
Tidak boleh. Kerana berdasarkan ayat 6
Surah Al-Maidah itu juga tayammum diharuskan
kerana ketiadaan air. Kecuali kalau terlalu
sejuk yang tidak tertanggung pada adat
atau sakit tidak boleh menggunakan air
boleh bertayammum walaupun ada air.