Soalan
Apakah yang dikatakan wukuf di Padang
Arafah?
Jawapan
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi
maksudnya ialah menghadirkan diri di padang
Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah
hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Cukup wukuf walau sekejap atau llu sahaja
dengan syarat orangnya sedar - sempurna
akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah
itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja
ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak
pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak
bumi Arafah. Andainya ia hanya berada
di dalam kereta atau bas dan tidak turun
menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah
wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada
udara Arafah - menurut pendapat yang lebih
kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah
seperti udara yang bertentang Kaabah dikira
Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat
wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah
menruskan amalannya dan bertahallul dengan
amalan umrah serta wajib membayar dam.
Ia juga wajib mengqada haji pada tahun
hadapannya.
Soalan
Sebutkan syarat-syarat berwukuf di Arafah?
Jawapan
Berwukuf di kawasan bumi Arafah. Orang
yang berwukuf sudah berniat haji.
Masa wukuf mulai dari waktu Zohor 9 Zulhijjah
hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Orang
yang berwukuf hendaklah sempurna akal.
Soalan
Apakah sah haji seorang seandainya dia
tidak melakukan perkara-perkara wajib
haji?
Jawapan
Hajinya sah tetapi ia dikenakan dam atas
setiap wajib yang ditinggalkannya.
Soalan
Seandainya seorang jemaah meninggal dunia
semasa berwukuf di Arafah, wajiblah warisnya
menghajikannya sekali lagi?
Jawapan
Ya. Wajib menghajikannya - kerana rukun-rukunnye
belum selesai. Itupun jika ada harta peninggalannya.