Soalan
Apakah hukumnya seorang jemaah haji yang
tidak berziarah ke Madinah?
Jawapan
Makruh dan rugi kerana tidak menziarah
tanah haram yang kedua itu - kecuali jika
ada halangan atau keuzuran yang tidak
dapat dielakkan.
Soalan
Bagaimana pula mereka yang mengerjakan
umrah di luar musim haji tidak berziarah
ke Madinah?
Jawapan
Sama sahaja hukumnya seperti yang telah
disebutkan.