|
Bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
taufik dan inayahNya maka laman web ini
dapat disempurnakan untuk rujukan pelawat
portal Haj-E ataupun Al-Azim
sekalian.
Tujuan
laman web ini dibangunkan ialah sebagai
garis panduan bagi umat Islam bagi mengamalkan
ibadah haji dan qurban dengan cara yang
menepati tuntutan syarak.
Sesuatu
ibadat khusus yang dilakukan jika tidak
didasari oleh ilmu yang jelas adalah sia-sia
kerana Allah tidak akan menerima amalan
seseorang yang dilakukan tanpa mengikut
peraturan yang telah digariskan sama ada
dari kitab Al-Quran,
Sunnah Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.
Oleh
itu, Jabatan Mufti Melaka mengambil inisiatif
untuk membangunkan laman web ini mengenai
Informasi Ibadah Haji dan Qurban ini agar
dapat dijadikan rujukan yang mudah difahami
oleh semua lapisan umur dan masyarakat Islam.
Sekian.


|