|
Haji
dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:
|
JENIS-JENIS
HAJI DAN UMRAH
|
- Haji
jenis Ifrad
- Haji
jenis Tamattu'
- Haji
jenis Qiran
- Haji
sahaja, dan
- Umrah
sahaja
|
HAJI
JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad
itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara
berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu
hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan
umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah
sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah
itu barulah dikerjakan haji.
HAJI
JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji
Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu
dalam bulan-bulan haji, setelah selesai
mengerjakan umrah lalu bersenang-senang
dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan
pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai
waktu haji berihramlah untuk mengerjakan
haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM
mengikut syarat-syaratnya.
HAJI
JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran
itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan
umrah dengan serentak, iaitu dengan satu
tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana
kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja
haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan
DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan
haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda :
"Sesiapa
mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran)
maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan
satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan
umrah itu" (Riwayat - Turmizi)
|