|
Haji
merupakan perlakuan ibadah umat islam yang
mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan
kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri,
demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut
sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan,
tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid
dengan slogan dan laungan kalimah suci,
Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang
kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan
yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau
musyrikin tidak menyenanginya.
Pengisytiharan
tauhid yang jelas dan laungan yang tegas
dilakukan serentak menyebut nama Allah,
"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka
La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al-
Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak",
dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan,
tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk
demontrasi menentang syirik, kezaliman dan
kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang
tidak mentauhidkan Allah.
Sikap
dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah
yang menjadi ajaran para anbia' sejak
zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas
supaya sekali-kali jangan terlibat dengan
syirik atau tanghut.
Sebaliknya
hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana
Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta
benda dan nawaitunya hanya semata untuk
Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau
penyembahan system yang menuju ke arah taghut
wajib dijauhi.
Islam
tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap
pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap
Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun,
jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan
manusia daripada mentauhidkan Allah maka
diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk
demonstrasi terang-terangan bagi melawan
kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun
orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan
munafiqun tidak menyenanginya.
|