|
|
| NIAT
IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN |
- Qurban
Wajib dan Qurban Nazar :
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib
seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan
kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban
itu memakan daging tersebut. Jika telah
dimakan daging itu maka Wajib diganti
kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib
dia menyembelih semula yang lain.
-
Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah
Sunat bagi orang yang empunya korban memakan
sebahagian daripadanya sebagaimana firman
Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya
dan beri makanlah kepada orang-orang yang
sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian
daripada daging-daging korban sunat itu
kepada golongan fakir dan miskin yang
beragama Islam dalam keadaan mentah lagi
basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya korban
itu hanya mengambil sedikit daripada daging
korban berkenaan manakala sebahagian besar
daripadanya disedekahkan. Daging yang
disedekahkan akan menjadi milik penerima
sepenuhnya di mana dia boleh menjual,
melelong atau menghadiahkan daging tersebut
kepada orang lain dan sebagainya.
-
Jika daging korban itu ialah korban disebabkan
wasiat dari seorang yang telah meninggal
dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya
oleh orang yang membuat korban untuknya
dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang
kaya kecuali ada izinnya.
-
Haram menyedekah atau menghadiahkan daging
korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
-
Tidak harus memindahkan daging qurban
ke daerah lain sebagaimana dalam hukum
zakat.
-
Haram ke atas orang yang melaksanakan
korban atau warisnya menjual daging
korban itu atau kulitnya atau bulunya
atau sesuatu daripada binatang korban
itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam : Maksudnya:
"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah)
itu maka tiada dikira korban baginya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
-
Haram menjadikan kulit dan daging binatang
korban itu sebagai upah kepada penyembelih,
tetapi harus diberikan kepadanya dengan
jalan sedekah atau hadiah.
|
|
|
|