|
|
| KECACATAN
YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN |
- Hendaklah
ia sejahtera daripada sebarang kecacatan
seperti tiada telinga atau terpotong ekor,
gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.
-
Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati
oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban
iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra'
bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu
'Alaihi Wasallam:
Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang
tidak harus diperbuat qurban iaitu buta
sebelah mata, berpenyakit, tempang dan
terlalu kurus".
-
Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan
kepada kecacatan yang seumpamanya atau
lebih teruk daripada kecacatan tersebut.
Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
-
Tiada atau terpotong telinga ataupun
lidahnya walaupun sedikit begitu juga
yang terpotong ekornya.
-
Gila
-
Berkudis walaupun sedikit.
-
Haiwan yang baru melahirkan anak atau
yang bunting.
-
Tersangat kurus.
-
Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
-
Berpenyakit
-
Tersangat tempang
-
Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban
binatang yang sudah ada kecacatan tersebut,
wajarlah dia melaksanakannya.
-
Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau
patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan
yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang
qurban.
-
Makruh mengorbankan haiwan yang tidak
bertanduk atau patah tanduknya begitu
juga haiwan yang terbelah atau bertebuk
telinganya.
|
|
|
|