|
|
| KEHARUSAN
BERKONGSI HAIWAN QURBAN |
- Seekor
unta, lembu atau kerbau itu harus
dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari
keluarga yang sama atau yang lain walaupun
tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya
ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang
lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.
-
Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya
cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus
berkongsi dengan orang lain dalam pahala
berkorban dengan seekor korban itu.
-
Adalah afdhal dibuat korban bagi
seorang dengan seekor unta, kerana banyak
dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir.
Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri
dan kemudian kambing.
- Berkorban
dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal
daripada seekor unta atau lembu kerana
daging kambing lebih baik dan lebih banyak
darah yang tumpah ketika disembelih.
-
Berqurban dengan seekor kambing itu pula
lebih afdhal daripada seekor lembu
atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.
-
Yang utamanya binatang qurban itu adalah
berwarna putih, kemudian kuning, diikuti
dengan warna putih tetapi tidak bersih
putihnya, kemudian binatang yang sebahagian
bulunya berwarna hitam, kemudian yang
berwarna hitam semua bulunya, diikuti
dengan binatang qurban yang berwarna merah
bulunya.
|
|
|
|