Qurban
atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan
yang tertentu jenisnya daripada ternakan
yang dikategorikan sebagai al-an'am
iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri
dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya
Haji (10 Zulhijjah) dan
pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan
13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub
(mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM
MELAKUKAN IBADAH QURBAN
-
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan
ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah
iaitu sunah yang amat digalakkan atau
dituntut ke atas setiap individu Muslim
yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid
serta berkemampuan melakukannya sama
ada sedang mengerjakan haji ataupun
tidak sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup.
-
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi
orang yang mampu melakukannya.
-
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika
seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya
atau telah membuat penentuan (at-ta'yin)
untuk melaksanakannya seperti seseorang
berkata "lembu ini aku jadikan qurban".
Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini
maka hukumnya adalah haram.
-
Daging qurban wajib tidak dibenarkan
untuk dimakan oleh yang empunya qurban
dan tanggungannya.