|
1.
Niat Ihram Mengerjakan Haji
- NIAT
BERIHRAM
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama
ada untuk mengerjakan haji atau umrah
di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih
dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa
yang telah berihram dan berniat demikian
maka haramlah baginya melakukan beberapa
perkara yang diharuskan sebelumnya.
- MAKNA
IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan
atau melarang dan ihram dalam ibadat haji
atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan
yang ada pada orang yang sedang mengerjakan
haji atau umrah bermula pada ketika berniat
mengerjakannya dan berakhir pada ketika
TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan
IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara
ketika dalam ihram itu.
-
PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai
kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak
pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai
dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat,
iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai
lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan
berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan
pula hendaklah menutup semua badannya
kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah
terbuka seperti dalam sembahyang.
- SUNAT
- SUNAT IHRAM
Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
1. Mandi sunat ihram,
2. Mengerat kuku
3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak,
ari-ari, mengandam misai dan rambut,
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
5. Memakai pakaian berwarna putih,
6. Sembahyang sunat ihram dan
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas
berniat haji atau umrah
-
MANDI SUNAT IHRAM
Sebelum memakai ihram dan berniat haji
atau umrah di Miqat hendaklah melakukan
mandi sunat ihram untuk membersihkan dan
menyucikan badan dari segala kecemaran
dan kekotoran, seperti yang dilakukan
untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat
ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja
aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala"
(diingatkan dalam hati)
-
SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
Setelah selesai mandi dan membersihkan
badan dari segala bulu dan mengerat kuku,
mengandam misai serta meminyak rambut
dan memakai bau-bauan, pakailah ihram.
Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah
sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz
niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja
aku sembahyang sunat ihram dua rakaat
kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca
selepas Fatihah dirakaat pertama ialah
surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun
) dan di rakaat kedua selepas Fatihah
ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)
-
MEMBACA TALBIAH
Setelah berniat haji atau umrah ketika
melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya
; Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya,
yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan
haji dan aku berihram dengannya kerana
Allah Ta'ala" Kalau melakukan Umrah, Lafaz
niatnya yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan
umrah dan aku berihram dengannya kerana
Allah Ta'ala" Maka perbanyakkanlah bacaan
talbiah di sepanjang perjalanan hingga
sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun
haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah
Yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut
panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang
menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang
menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak
ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut
panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian
dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu,
tidak asa sekutu bagi-Mu"
- PANTANG
LARANG SEMASA IHRAM
Pantang
larang semasa ihram itu adalah seperti
berikut:
-
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
bagi lelaki seperti memaikai songkok,
serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi
larangan sekiranya berteduh dibawah
naungan pokok atau payung.
-
Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit
atau sebagainya bagi lelaki, seperti
seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis
pakaian berjahit yang dijadikan sebagai
sarung.
-
Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
-
Memakai sarung tangan
-
Memakai bau-bauan sama ada di badan
atau pakaian atau pada makanan, minuman
atau menghisapnya ke dalam hidung.
-
Memakai minyak rambut di kepala atau
janggut.
-
Menanggalkan rambut atau menghilangkan
mana-mana bulu di anggota badan,
-
Mengerat atau memotong kuku kaki atau
tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
-
Mengerat, memebang atau mencabut segala
tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama
ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun
rumput, milik orang ataupun bukan.
-
Memburu binatang yang halal dimakan
atau membinasakannya, sama ada dengan
cara membunuh, memukul, menjerat atau
menangkap atau dengan apa cara yang
menyakiti binatang-binatang itu, malah
memeranjatkan atau mengejutkan binatang
itu pun haram hukumnya,
-
Bersetubuh atau berjima'
-
Melakukan perkara-perkara pendahuluan
untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman,
kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu
syahwat
-
Akad nikah sama ada ijab atau kabul
untuk diri sendiri atau mewakili orang
lain.
-
HUKUM MEMBACA TALBIYAH
Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah
itu disyariatkan untuk dibaca oleh pada
jamaah ketika dalam keadaan ihram.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Dari Ummi Salamah r.a. katanya: saya
mendengar Rasulullah bersabda: Wahai keluarga
Muhammad,barangsiapa berhaji, maka hendaklah
di amembaca talbiyah dengan suara yang
nyaring untuk hajinya" (Riwayat Ahmad
dan Ibnu Majah)
|