Rukun
haji yang kelima ialah tahallul iaitu
bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya
tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya
bercukur semuanya sekali bagi lelaki.
Bagi wanita pula tidak dihendakki bercukur,
cuma menggunting rambut sahaja. Sebagaimana
firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam)
mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi
seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram
insya Allah ( jika dikehendaki Allah)
dengan aman sentosa serta bercukur dan
menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut
sedikit pun" (Surah Al- Fath ayat 27)
WAKTU
BERCUKUR
Bagi
orang yang mengerjakan haji, ialah selepas
melontar Jumrah Aqabah atau tawaf rukun.
Ini dinamakan tahallul awal. Bagi orang
yang tidak membuat tahallul awal dalam
mengerjakan haji, ialah selepas sa'ie.
Demikian juga waktu bercukur bagi orang
yang mengerjakan umrah.
Bagi orang yang membuat haji Ifrad ialah
selepas tawaf rukun, jika dia telah mengerjakan
sa'ie selepas tawaf qudum dahulu. Dengan
bercukur atau bergunting itu maka seseorang
itu telah bertahallul dan tamatlah pantang
larang semasa berihram baginya.
PERINGATAN
Seseorang
itu hendaklah bercukur atau bergunting
untuk dirinya dahulu sebelum dia boleh
mencukur atau mengguntingkan orang lain.
TAHALLUL
HAJI
Tahallul haji terbahagi kepada dua bahagian
iaitu: " Tahallul Awal " Tahallul Thani
Tahallul Awal (pertama) ialah apabila
seseorang itu selesai mengerjakan dua
dari tiga perkara berikut:-
i) melontar jumrah Aqabah;
ii)
tawaf rukun;
iii) bercukur atau bergunting
Tahallul
Thani (Kedua) ialah apabila seseorang
itu selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara
yang tersebut di atas. Setelah selesai
melakukan tahallul awal (pertama), para
haji bolehlah melakukan perkara-perkara
yang dilarang dalam masa ihram, melainkan
tiga perkara masih terlarang, iaitu:
1.
Berkahwin, mengahwinkan (menjadi wali)
dan menerima wakil kahwin,
2.
Melakukan perkara-perkara permulaan
persetubuhan seperti bercium-ciuman,
bercumbu- cumbu dan sebagainya dan,
3.
Bersetubuh
Sebaliknya
apabila telah selesai melakukan tahallul
kedua, maka tidak ada lagi pantang larang
semasa berihram itu sama sekali.
SUNAT-SUNAT
SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa
bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya
ialah:-