TAWAF
RUKUN (IFADAH) DI BAITULLAH)
Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu
haji dan yang kedua pentingnya selepas
wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi
Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan.
Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan
selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur
atau menggunting rambut dan berkorban
pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas
melontar kesemua Jamrah dari 11 hingga
13 Zulhijjah.
SYARAT-SYARAT
TAWAF
Permulaan waktu tawaf rukun ialah selepas
tengah malam hari raya qorban, iaitu selepas
wukuf di Arafah. Tiada waktu akhir baginya,
iaitu boleh ditangguhnya kepada bila-bila
masa, tetapi jika ditangguhkan tawaf ini,
maka belum boleh bebas lagi dari beberapa
pantang larang ihram, seperti nikah, bersetubuh
dan bersentuh-sentuhan antara lelaki dan
perempuan tanpa berlapik serta ada syahwat.
Syarat-syarat tawaf itu ialah :-
-
Suci dari hadas kecil dan besar,
-
Menutup aurat seperti di dalam sembahyang
-
Suci dari najis pada badan, pakaian
dan tempat
-
Hendaklah dimulakan tawaf itu dari tempat
yang sejajar atau setentang dengan Hajar
Aswad yang ada pada satu penujuru Ka'bah
itu. Sekiranya seseorang itu memulakan
tawafnya pada tepi atau sudut Ka'bah
yang tidak bersetentang dengan hajar
aswad, maka tidaklah dikira pusingan
itu hinggalah dia sampai pada sudut
Hajar Aswad itu maka barulah disitu
dikira permulaan tawafnya.
-
Hendaklah Ka'bah sentiasa di sebelah
kiri ketika berjalan kehadapan mengelilinginya
dan tidaklah sah selain daripada yang
demikian, seperti berjalan dengan mengundur
atau berjalan sedang ka'bah dikanannya
atau lain-lainnya.
-
Ketika hendaklah memulakan tawaf, seseorang
itu kenalah berdiri dengan bahu kirinya
berbetulan dengan hajar aswad, walaupun
Hajar Aswad itu jauh daripadanya.
-
Wajiblah tawaf itu dikerjakan sebanyak
tujuh kali pusingan
-
Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam
Masjidil Haram dan diluar dari bahagian
Ka'bah seperti Hijir Ismail dan Syazarwan
(tembuk yang dijadikan bingkai di kaki
Baitullah, kerana termasuk di dalam
ka'bah.)
JENIS-JENIS
TAWAF
Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:-
-
Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi
mereka yang balik dari Arafah iaitu
tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan
haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi
mereka yang mengerjakan umrah)
-
Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang
ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi
mereka yang mengerjakan haji ifrad dan
haji qiran disunatkan tawaf qudum,
-
Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan
pada bila-bila masa yang disukai.
-
Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal)
ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila
seseorang itu hendak meninggalkan Mekah
kerana menghormati dan memuliakan Baitullah
Al-Haram.
SUNAT-SUNAT DALAM TAWAF