Wukuf
di Arafah adalah rukun haji yang kedua
tetapi yang utama dari rukun-rukun haji
itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari
Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa
Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru
menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah".
Barang siapa datang pada malam tanggal
sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti
dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat
- Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU
WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah
berihram (bagi mengerjakan haji secara
tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf
di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar
Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih
kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa
yang wajib berada atau berwukuf di Arafah
ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah,
hingga sebelum fajar pada hari Nahar,
iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya
berada di Padang Arafah itu sepanjang
masa yang tersebut kerana sahlah berhenti
disitu walaupun sebentar sahaja pada masa
di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum
fajar 10 Zulhijjah.
Masa
yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari
kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda
"Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum
terbit fajar (pada hari yang kesepuluh
Zulhijjah maka dapatlah haji itu"