|
Dari
segi sejarah, ibadah haji ialah syariat
yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad
S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung
ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji
mula diwajibkan ke atas umat Islam pada
tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur
iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran
yang bermaksud :
"
Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah
iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai
kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar
kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu
pun daripada sekelian makhluk".
Pada
tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama
lebih kurang 1500 orang telah berangkat
ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi
tidak dapat mengerjakannya kerana telah
dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan
satu perjanjian yang dinamakan perjanjian
Hudaibiah.
Perjanjian
itu membuka jalan bagi perkembangan Islam
di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7
Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah
bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada
tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat
dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300
orang umat Islam mengerjakan haji.
RASULLULLAH
S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan
fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya.
Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul
Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam
Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak
berapa lama kemudian baginda pun wafat.
Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah
pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah
bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai
lebih 90,000 orang Islam.
Baginda
telah menyempurnakan amalan-amalan sunat
Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di
Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama
Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda
sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah
mengambil masa 9 hari dalam perjalanan.
Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah
dan bermalam di situ.
Kemudian
ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah
yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah
S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan
wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada
14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat
meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju
balik ke Madinah Al-Munawwarah.
PERISTIWA
SEMASA HIJJATUL WADA'
Di
masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting
yang boleh dijadikan pegangan dan panduan
umat Islam telah berlaku, di antara ialah
seperti berikut :
-
Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta
supaya dilihat oleh orang ramai bahawa
hari itu tiada puasa atau tidak sunat
berpuasa pada hari wukuf.
-
Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya
lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh
supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain
ihram dan tidak membenarkan kepalanya
ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya.
Sabda Baginda pada ketika itu bahawa "
Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari
kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
-
Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang
ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu
Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji
itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di
Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
maka ia telah melaksanakan haji.
-
Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah
Al-Maidah yang bermaksud :
"
Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku
ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu
menjadi agama untuk kami"
Daripada
sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah
kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah
menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda
bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari
Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah
selama 9 hari berbanding pada hari ini kita
menaiki kapal terbang yang boleh sampai
ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini
perkara yang perlu direnungkan apabila kita
menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci
kelak.
|