|
HUKUM
ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI SETELAH
CUKUP SYARAT WAJIBNYA
Bagi
orang yang telah cukup syarat-syarat wajib
haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba
dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah
dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati
sebagi seorang Nasrani danYahudi. Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari
Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barang siapa yang ada mempunyai bekalan
dan kenderaan yang boleh menyampaikannya
ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan
haji,maka tidak ada halangan ke atasnya
jika dikehendaki matinya sebagai yahudi
atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya
Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran
) "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia
terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup
mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Riwayat
- Turmizi)
HAJI
DAN UMRAH KANAK-KANAK
Haji dan Umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak
(yang belum akil baligh atau cukup umur)
hukumnya adalah sunat sahaja dan wajiblah
dikerjakan sekali lagi apabila baligh nanti.
Senagaiman dengan sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud : "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,
Nabi s.a.w bersabda "Siapa dari kanak-kanak
mengerjakan haji, maka apabila dia cukup
umur, wajiblah dia mengerjakan haji sekali
lagi". (Riwayat - At - Tabarani)
HAJI
BAGI WANITA
Seperti lelaki, wanita juga wajib menunaikan
fardhu haji jika cukup syarat-syarat wajibnya
seperti yang telah disebutkan dahulu. Tetapi
ada syarat tambahan bagi wanita yang hendak
menunaikan fardu haji iaitu:-
-
Hendaklah ditemani oleh suaminya atau
muhrimnya (iaitu orang haram nikah dengannya),
atau dengan sekurang-kurangnya tiga orang
perempuan yang boleh dipercayai dan;
-
Dengan izin suami atau walinya. Berhubung
dengan larangan pergi haji bagi wanita
tanpa muhrim ini, Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya
Nabi, s.a.w bersabda: "Janganlah seseorang
perempuan pergi musafir kecuali beserta
muhrimnya, janganlah seseorang lelaki
mendatangi perempuan kecuali perempuan
itu berada dengan muhrimnya". Lalu seorang
lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. " Ya
Rasulullah, saya hendak pergi berperang
tetapi isteri saya hendak pergi menunaikan
fardhu haji" Nabi s.a.w. menjawab, " Pergilah
haji bersama isterimu" (Riwayat - Bukhari)
Disyaratkan bagi lelaki yang menemankan
perempuan itu, dan hendaklah jangan berada
jauh dari perempuan itu supaya diketahui
orang bahawa lelaki itu menemani dan menjaganya.
Jika tidak ada lelaki menemankan perempuan
itu, maka memadai juga ditemani oleh tiga
orang perempuan yang boleh dipercayai.
HUKUM
MENYEGERAKAN HAJI
Mengenai hukum segera menunaikan fardhu
haji setelah cukup syarat-syarat wajib haji,
menurut Imam Syafie adalah sunat iaitu tidaklah
berdosa menangguhkannya asalkan sahaja ditunaikan
pada sebarang waktu sebelum meninggal dunia
Dalil atau alasan yang diberikan ialah fardhu
haji itu telah diwajibkan pada tahun ke
enam selepas hijrah, tetapi Nabi s.a.w menangguhkan
pelaksanaan haji hinggalah pada tahun kesepuluh,
barulah Nabi s.a.w bersama-sama para sahabat
pergi menunaikan fardhu haji, walaupun mereka
telah berkuasa pergi pada tahun ketujuh,
kelapan atau kesembilan. Sekiranya wajib
dikerjakan segera sudah tentulah Nabi s.a.w
tidak akan menangguhkannya.
|