|
Haji
adalah merupakan salah satu dari hukum Islam
yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap
Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup
syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama',
fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke
enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya
wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan
tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan
umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)
Dalam
pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat
bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada
tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah.
Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji
itu maka bererti kufur dan murtadlah ia
dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:-
"Dan
menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap
Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang
sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang
siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)
dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)
|