|
Ibadat
haji dan Umrah bukan sahaja mempunyai rukun-rukun
masing-masing bahkan juga mempunyai wajib-wajibnya
yang mesti dilaksanakan. Sebagaimana yang
telah diketahui, sesiapa yang meninggalkan
salah satu rukun haji tidak sah atau batal,
sebaliknya jika sesiapa yang meninggalkan
salah satu wajib-wajib haji, maka hajinya
sah tetapi wajiblah membayar dam.
|
WAJIB
HAJI (6 PERKARA)
|
WAJIB
UMRAH (2 PERKARA)
|
-
Niat ihram di Miqat tertentu
-
Bermalam di Muzdalifah
-
Melontar Jumrah 'Aqabah'
-
Bermalam di Mina selama dua atau
tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11,
12 dan 13 Zulhijjah,
-
Melontar ketiga-tiga Jumrah pada
hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan
13 Zulhijjah dan,
-
Meninggalkan perkara-perkara larangan
semasa dalam ihram
|
- Niat
ihram di Miqat
- Meninggalkan
perkara-perkara larangan semasa
dalam ihram
|
|