|
1.
Niat Ihram di Miqat tertentu
- NIAT
BERIHRAM
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama
ada untuk mengerjakan haji atau umrah
di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih
dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa
yang telah berihram dan berniat demikian
maka haramlah baginya melakukan beberapa
perkara yang diharuskan sebelumnya.
-
MAKNA IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan
atau melarang dan ihram dalam ibadat haji
atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan
yang ada pada orang yang sedang mengerjakan
haji atau umrah bermula pada ketika berniat
mengerjakannya dan berakhir pada ketika
TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan
atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan
beberapa perkara ketika dalam ihram itu.
-
PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai
kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak
pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai
dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat,
iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai
lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan
berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan
pula hendaklah menutup semua badannya
kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah
terbuka seperti dalam sembahyang.
-
SUNAT - SUNAT IHRAM
Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
1.
Mandi sunat ihram,
2.
Mengerat kuku
3.
Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak,
ari-ari, mengandam misai dan rambut,
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
5.
Memakai pakaian berwarna putih,
6. Sembahyang sunat ihram dan
7.
Membanyakkan bacaan talbiah selepas
berniat haji atau umrah
-
MANDI SUNAT IHRAM
Sebelum memakai ihram dan berniat haji
atau umrah di Miqat hendaklah melakukan
mandi sunat ihram untuk membersihkan dan
menyucikan badan dari segala kecemaran
dan kekotoran, seperti yang dilakukan
untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat
ihram ialah :
Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat
ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan
dalam hati)
- SEMBAHYANG
SUNAT IHRAM
Setelah selesai mandi dan membersihkan
badan dari segala bulu dan mengerat kuku,
mengandam misai serta meminyak rambut
dan memakai bau-bauan, pakailah ihram.
Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah
sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz
niatnya ialah : Yang bermaksud:
"Sahaja
aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana
Allah Ta'ala"
Surah
yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama
ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal
kafirun ) dan di rakaat kedua selepas
Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu
Ahad)
-
MEMBACA TALBIAH
Setelah berniat haji atau umrah ketika
melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya
;
-
Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang
bermaksud :
"Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram
dengannya kerana Allah Ta'ala.
-
Kalau melakukan Umrah, Lafaz niatnya yang
bermaksud :
"Sahaja
aku mengerjakan umrah dan aku berihram
dengannya kerana Allah Ta'ala"
- Maka
perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang
perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk
mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah
selanjutnya. Bacaan talbiah yang bermaksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba
datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya
segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan
adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu
bagi-Mu"
|