1.
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
bagi lelaki, seperti memakai songkok,
serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi
larangan sekiranya berteduh di bawah
pokok atau payung.
2.
Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit
atau sebagainya bagi lelaki seperti
seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
3.
Menutup muka bagi wanita.
4.
Memakai sarung tangan.
5.
Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian
atau pada makanan, minuman atau menyedut
ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala
atau janggut.
7.
Menanggalkan rambut atau menghilangkan
mana-mana bulu pada anggota badan.
8.
Mengerat atau membuang kuku.
9.
Memotong, menebang atau mencabut pokok
atau tumbuhan di Tanah Haram.
10.
Memburu binatang buruan yang halal dimakan
atau membinasakannya sama ada di Tanah
Haram atau di Tanah Halal.
11.
Bersetubuh.
12.
Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh
seperti bercium, berkucup-kucupan atau
berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13.
Akad nikah sama ada ijab atau qabul
untuk diri sendiri atau mewakili orang
lain.