1.
Hari 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari
gelincir matahari hingga terbit fajar
hari berikutnya.
2.
Pada hari 13 Zulhijjah mulai dari gelincir
matahari hingga jatuh matahari atau
diharuskan melontar selepas fajar subuh
hari tersebut.
3.
Bagi orang yang luput melontar pada
hari 11 dan 12 Zulhijjah hendaklah melontar
pada hari ke 13 Zulhijjah sebelum masuk
matahari.
1.
Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap
Jumrah
2.
Melontar dengan tertib dimulai dari
Jumrah al-Ula kemudian Jumrah al-Wusta
dan diakhiri dengan melontar di Jumrah
al-Aqabah
3.
Melontar hendaklah tidak terpesong daripada
tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya
5.
Batu lontaran hendaklah masuk di dalam
Jumrah dengan yakin
6.
Hendaklah melontar dengan gaya melontar
7.
Hendaklah melontar dengan tangan
8.
Tertib hari melontar bermakna tidak
sah melontar hari ke 11, melainkan setelah
melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah
melontar hari ke 12, melainkan sudah
melontar bagi hari ke 11, begitu juga
tidak sah melontar hari ke 13 kecuali
setelah melontar untuk hari ke 12.
9.
Dilarang melontar untuk orang lain kecuali
setelah melontar ketiga-tiga Jamrah
untuk dirinya sendiri