Wajib
haji yang keempat ialah bermalam di Mina
pada malam-malam tasyrik iaitu malam sebelas,
dua belas dan tiga belas Zulhijjah.
Walaubagaimanapun para jemaah boleh juga
keluar meninggalkan Mina dan menuju ke
Mekah pada hari ke 12 Zulhijjah sesudah
bermalam di Mina pada malam 11 dan 12
Zulhijjah. Cara begini di panggil Nafar
Awal.
Syarat
- syarat Nafar Awal adalah seperti berikut
:-
a)
Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari,
tetapi sebelum terbenamnya pada 12 Zulhijjah
b)
Telah menyempurnakan lontaran semua
ketiga-tiga Jumrah dua hari Tasyrik,
c) Terlebih dahulu berniat Nafar untuk
kembali ke Mekah semasa berada di kawasan
Mina dan tidak berazam lagi kembalike
Mina.
d)
Telah bermalam di Mina dua malam.
Bagi melakukan Nafar Awal ini, para jemaah
mungkin menghadapi beberapa kerumitan,
diantaranya ialah :-
1.
Mungkin tidak ada kenderaan untuk balik
ke Mekah ataupun sukar mendapatkannya;
2.
Tidak sempat masa keluar dari sempadan
Mina sebelum jatuh matahari pada 12
Zulhijjah;
3.
Rumah tumpangan yang disediakan di Mekah
mungkin masih lagi ditutup.
Bagi
mereka yang tidak bermalam di Mina hendaklah
membayar dam (denda) seperti berikut:-
1.
Tidak bermalam di Mina semalaman damnya
secupak biji-bijian yang mengenyangkan
seperti gandum, beras, sekoi, syair
dan lain-lainnya.
2.
Meninggalkan bermalam di Mina selama
dua malam, damnya dua cupak;
3.
Meninggalkan bermalam di Mina tiga malam
damnya, seekor kambing atau 1/7 daripada
seekor lembu, unta atau seumpamanya
dan jika tidak berkuasa hendaklah berpuasa
10 hari, iaitu tiga hari di Tanah Suci
dan tujuh hari apabila sampai di kampungnya.