Gerhana terjadi apabila
bulan berada
di antara bumi dan matahari. Keadaan
ini akan menyebabkan terjadinya
bayang (umbra dan penumbra) dan
menyebabkan kawasan yang terkena
bayang ini akan mengalami gerhana.
Lihat rajah di bawah.

Rajah
: Gerhana terjadi apabila
Bulan berada di atara Bumi dan Matahari
pada satu satah
Kawasan laluan yang akan mengalami
gerhana penuh adalah bermula dari
India kemudian bergerak ke arah
timur merentasi Nepal, Bangladesh,
Bhutan, Myanmar dan berakhir di
China. Gerhana ini merupakan gerhana
paling lama iaitu selama 6 minit 39
saat (Sumber : NASA).
Kawasan yang mengalami gerhana
separa Matahari adalah Asia timur,
Indonesia dan lautan Pasifik.
Laluan
gerhana penuh ditunjukkan dengan
jalur+bulatan biru gelap, manakala kawasan
yang di luar dari jalur+bulatan akan mengalami gerhana separa. Di
Malaysia hanya mengalami gerhana
separa Matahari.
Di
Melaka gerhana separa ini bermula
dengan sentuhan pertama pada jam
8:29 pagi. Fasa maksimum berlaku
apabila 17% permukaan Matahari dilindungi
Bulan pada jam 9:07 pagi. Fasa terakhir
pada jam 9:48 pagi. Selepas ini Matahari
akan kelihatan normal seperti biasa.
(Sumber :
http://www.falak-online.net)
Langkah-langkah
yang selamat melihat gerhana
AWAS!
Jangan melihat terus ke Matahari
dengan mata kasar kerana ini akan
menyebabkan retina mata rosak kekal
serta merta.
Langkah yang selamat untuk melihat
gerhana ialah dengan menggunakan
penapis suria (solar filter) yang
boleh menapis cahaya Matahari dan
selamat digunakan.
Cara yang mudah dan selamat ialah
dengan menggunakan kaedah kamera
lubang jarum. Kaedah ini mudah dilakukan
iaitu dengan menebuk satu lubang
kecil dengan jarum pada kadbod dan
satu lagi kad dijadikan sebagai
skrin. Halakan kadbod yang telah
ditebuk lubang kearah Matahari dan
pastikan cahaya Matahari melalui
lubang tersebut. Seterusnya lihat
cahaya yang keluar dari lubang tersebut
jatuh di atas skrin kadbod. Kita
akan dapat lihat bentuk Matahari
yang sedang mengalami gerhana.
Selain itu filem hitam-putih yang
telah didedahkan sepenuhnya kepada
cahaya juga boleh digunakan. Untuk
lebih selamat hendaklah menggunakan
dua lapis filem dan lihatlah Matahari
dengan pastikan tiada cahaya luar
yang lepas masuk kedalam mata.
AWAS! Gunakan filem hitam-putih sahaja
bukan filem warna.
Menggunakan kaca kimpalan gred 14
atau lebih tinggi juga boleh digunakan.
AWAS! Jangan gunakan
sunglasses walaupun hitam kerana
ia tidak selamat.
|