Laman Utama
Aktiviti Semasa
Seminar Penghayatan Ilmu Falak 2008
   
   
 
AKTIVITI SEMASA

 


SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK
TAHUN 1429H/2008M
4 Ramadhan 1429H / 4 September 2008M
Auditorium Masjid Negeri Al-Azim, Melaka

MUQADDIMAH

Seminar Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak adalah program tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka. Seminar ini akan membincangkan tentang aspek ibadah khusus yang menjadi amalan umat Islam sepanjang bulan Ramadhan dan kepentingan pemakanan yang suci lagi halal dalam melahirkan golongan muttaqin.

Bersesuaian dengan bulan penurunan al-Qur'an, turut disentuh dalam seminar ini ialah tentang kepentingan al-Qur'an sebagai mukjizat yang agong dan bukti kebenarannya melalui penemuan sains moden.

Matlamat utama seminar adalah untuk mengajak para peserta bersama-sama membesarkan dan menghayati kemuliaan bulan Ramadhan yang dibekati.

OBJEKTIF
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman para peserta mengenai hikmah puasa dan kepentingan pemakanan halal dan suci

  • Menjelaskan kepada para peserta mengenai isu-isu berkaitan pelaksaan ibadah di bulan Ramadhan

  • Memupuk rasa cinta terhadap al-Qur'an dan dorongan untuk memahani serta menghayatinya.
TAJUK KERTAS KERJA

Kuliah 1:
Puasa dan Pemakanan dalam Pembentukan Insan Bertaqwa

Kuliah 2:
Mukjizat Al-Quran dan Hubungannya dengan Penemuan Moden

Kuliah 3:
Pengukuhan Ibadat Puasa dan Qiyam Ramadhan


ATURCARA SEMINAR DAN MAJLIS PERASMIAN
Masa
Perkara
7.45 - 8.30 pagi Pendaftaran
8.30 - 10.00 pagi Kuliah 1
10.00 - 10.30 pagi

Majlis Perasmian

  • Ketibaan Perasmi
  • Bacaan Ayat-ayat Suci dan Doa
  • Ucapan Alu-aluan S.S. Mufti
  • Ucapan Perasmian
  • Penyampaian cenderamata
  • Lawatan ke gerai pameran
10.30-10.45 pagi Rehat / Tayangan Klip Video Iktibar Kehidupan
10.45-12.15 tgh Kuliah 2
12.15 - 1.15 ptg

Kuliah 3

Bersurai

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN (DALAM TALIAN)
Nama :
Organisasi :
Alamat :
No. Telefon (R/HP) :
No. Faks :
e-Mail :
     
 
MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Sila muat turun borang dan hantar menerusi faksimili di nombor 06 284 8144 atau pos ke alamat yang telah dinyatakan dalam borang tersebut.

Terima kasih.


 
 
© Jabatan Mufti Melaka