Laman Utama
Aktiviti Semasa
Seminar Penghayatan Ilmu Falak 2008
   
   
 
AKTIVITI SEMASA

 


Program Mufti Bersama Ummah Negeri Melaka

Pengenalan

Mufti merupakan institusi tertinggi dalam hirarki kepimpinan agama bagi sesebuah negeri. Kedudukan yang demikian ini menyebabkan masyarakat merasa terasing dan sukar untuk mendampingi serta mengenalinya dengan lebih dekat. Mufti selaku ketua agama pula, perlu mendekati ahli masyarakat untuk menyelami dan memahami keadaan mereka supaya dapat menangani permasalahan dan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu isu agama dengan lebih realistik. Program Mufti Bersama Ummah ini merupakan satu pendekatan Jabatan Mufti Melaka dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan fungsi jabatan ini dalam menjelaskan sesuatu isu yang menimbulkan kontroversi menurut perspektif hukum syarak.

Objektif

  1. Memperkenalkan institusi Mufti kepada masyarakat dengan lebih dekat
  2. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan antara institusi Mufti dan masyarakat setempat
  3. Memberi kefahaman kepada masyarakat setempat mengenai isu yang kurang jelas berkaitan perkara agama melalui sesi ceramah dan pengedaran risalah-risalah yang berkaitan
  4. Dapat menyelesaikan urusan pentadbiran masjid yang ada kaitan dengan Jabatan Mufti melaka seperti sempadan kariah, arah kiblat, hukum syarak dan sebagainya.

Sasaran

Penduduk kariah setempat dan yang berhampiran serta Jawatankuasa Masjid.

Pendekatan

Penyampaian khutbah/ceramah menyentuh isu semasa dengan menggunakan bantuan multimedia dan LCD projektor. Selain dari penyampaian khutbah/ceramah, pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka turut bersama-sama menjemput lain-lain agensi untuk mengadakan sesi pameran di masjid-masjid terpilih.

 

 
 
© Jabatan Mufti Melaka