Laman Utama
Aktiviti Semasa
   
   
 
AKTIVITI SEMASA

 


SEMINAR ISU AQIDAH

GERAKAN LIBERALISMA DI MALAYSIA

MUQADDIMAH

Cetusan pelbagai ideologi dan aliran pemikiran yang timbul dalam masyarakat Islam pada hari ini seperti liberalisma, pluralisma, Syi'ah dan sebagaimana telah menjadi ancaman dan menggugat kemurnian aqidah umat Islam negara ini.

Justeru itu, seminar yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, akan mendedahkan realiti perkembangan semasa mengenai gerakan liberalisma yang cuba dikembangkan di negara ini berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh sekumpulan ahli akademik dari Universiti Malaya.

Semoga penganjuran seminar ini akan diberkati Allah dan dapat mencapai objektif yang digariskan.

 

OBJEKTIF
  • Menyedarkan peserta mengenai bentuk gerakan fahaman Islam liberal di Malaysia supaya mereka dapat menghindarinya.
  • Memperjelaskan kepada peserta mengenai asal-usul, perkembangan dan bahaya fahaman Islam liberal di Malaysia
  • Mendapatkan maklumbalas peserta mengenai isu yang dibincangkan untuk mengukuhkan lagi hasil kajian dan penyelidikan.


TARIKH / TEMPAT

Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)

Tempat : Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

 
SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA

Kertas Kerja 1:

Tajuk : Mencari Akar Liberalisma di Timur Tengah (Mesir)
Oleh : Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd. Kamil Ab. Majid, Universiti Malaya

Kertas Kerja 2:

Tajuk : Islam Liberal di Indonesia : Satu Analisis Pengalaman Kajian Lapangan
Oleh : Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abdul Rahim, Universiti Malaya

Kertas Kerja 3:

Tajuk : Pengaruh Liberalisma di Malaysia
Oleh
: Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd. Kamil Ab. Majid dan Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abdul Rahim, Universiti Malaya

TENTATIF PROGRAM

 

8.00 - 9.00 pagi : Kehadiran dan pendaftaran peserta
9.00 - 9.15 pagi : Ucapan pembukaan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka
9.15 - 10.15 pagi : Pembentangan Kertas Kerja I
10.15 -10.30 pagi : Minum Pagi
10.30 - 11.30 pagi : Pembentangan Kertas Kerja II
11.30 - 1.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja III
  : Soal Jawab
1.00 - 2.00 petang : Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 - 3.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja IV

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia seperti di bawah:

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Kompleks Majlis Agama Islam Melaka
75150 Bukit Palah
Melaka
Telefon : 06 284 7920
Faks : 06 284 8144
Email : jkmmufti at tm.net.my


 
 
© Jabatan Mufti Melaka