SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK /
MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL-AMIL ZAKAT FITRAH DAN
PELANCARAN BUKU MASJID
NEGERI MELAKA 1431H/2010M

MUQADDIMAH

Seminar Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak adalah program tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka. Pada tahun ini, seminar ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Melaka (JASA).

Seminar ini akan membincangkan mengenai kepentingan Ramadhan, ibadat puasa dan amalan-amalan yang berkaitan dengannya dari perspektif al-Quran dan Sunnah serta memberikan kefahaman dan pendedahan ilmu kepada para peserta mengenai kepentingan Ramadhan.

OBJEKTIF

  • Menjelaskan kepada para peserta mengenai permasalahan hukum di bulan Ramadhan dan hal-hal yang berkaitan
     
  • Memberi panduan kepada peserta dari sudut kesihatan terutamanya melalui kempen nafas baru bermula Ramadhan
     
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan ketakwaan para peserta mengenai Ramadhan dan hikmah puasa serta amalan yang berkaitan dengannya.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 3 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 8.45 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Masjid Negeri Al-Azim, Melaka.


ATURCARA SEMINAR

7.45 pagi  : Pendaftaran Peserta / Minum Pagi

8.45 pagi : Pembentangan Kertas Kerja (Pusat Zakat Melaka)

  • Penyampai : Us. Faizal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid
  • Tajuk : Wahabiah dan Beberapa Persoalannya

10.00 pagi : Majlis Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Melaka

11.00 pagi : Ceramah 1

  • Penyampai : Prof. Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri
  • Tajuk : Puasa : Permasalahan Hukum

12.30 pm : Makan Tengahari / Solat Zohor

2.00 pm : Ceramah 2

  • Penceramah : Dr. Maimunah binti Fadil
  • Tajuk : Kesihatan dan Ramadhan

3.00 pm : Ceramah 3

  • Penyampai :Datuk Dr. Amran bin Kasimin
  • Tajuk : Ramadhan Pemangkin Taqwa

5.00 pm : Bersurai

 

Adalah diharapkan dengan adanya seminar yang akan dianjurkan ini, pendedahan dan ilmu yang berguna dapat diberikan kepada masyarakat Islam khususnya dalam mendidik dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh penceramah agar boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Para peserta seminar diharapkan agar dapat menghayati dan melaksanakan tuntutan agama dengan lebih baik dan berkesan.

Kembali ke Al-Azim.com