| Pengertian
Al-Kusuf
(gerhana
matahari) pada bahasa digunakan
ketika cahaya matahari terlindung
sama ada sebahagiannya atau kesemuanya.
Al-Khusuf (gerhana
bulan) digunakan ketika cahaya bulan
terlindung sama ada sebahagian atau
semuanya. Walau bagaimanapun, kedua-dua
kalimah ini boleh digunakan dengan
makna gerhana matahari atau gerhana
bulan.
Sembahyang
gerhana matahari dan bulan disyariatkan
dengan tujuan supaya orang Islam
kembali dan bermunajat kepada Allah
Azawajalla agar dihilangkan bala
dan dikembalikan cahaya.
Masa
Disyariatkan
Sembahyang
gerhana matahari telah disyariatkan
pada tahun kedua hijrah. Manakala
sembahyang gerhana bulan pula disyariatkan
pada tahun kelima hijrah.
Hukumnya
Hukum sembahyang gerhana
ialah sunat muakkad kerana
sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Muslim (914):

Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua tanda
kebesaran Allah Taala: Kedua-duanya
tidak gerhana disebabkan kematian
seseorang dan kerana hidupnya seseorang,
oleh itu apabila kamu melihat gerhana
berlaku, maka bersembahyang dan
berdoalah sehingga hilang apa yang
berlaku (menimpa) kamu iaitu bala
kegelapan.
Juga
kerana Rasulullah s.a.w telah melakukannya
sebagaimana yang akan disebutkan.
Perintah
sembahyang dalam hadis di atas tidak
ditafsirkan dengan makna wajib berdasarkan
hadis lain:
Seorang
Badwi bertanya Nabi s.a.w tentang
sembahyang lima waktu. Kemudian
dia berkata: Adakah lagi sembahyang
yang wajib ke atasku selain itu?
Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak.
Melainkan kamu melakukan yang sunat.
(Al-Bukhari (46) dan Muslim (11).
Sembahyang
gerhana matahari dan bulan sunat
dilakukan secara berjemaah dan diseru
ketika hendak mendirikannya dengan
kalimah :
(sembahyang yang menghimpunkan)
Cara
mendirikan
Sembahyang
gerhana matahari dan bulan mempunyai
dua rakaat dan orang yang melakukannya
hendaklah berniat sembahyang gerhana
matahari atau gerhana bulan.
Sembahyang
gerhana mempunyai dua cara:
Cara
Pertama
Dilakukan
pada setiap rakaat dengan dua
kali berdiri, dua kali membaca(Fatihah
dan ayat) serta dua kali rukuk
tanpa memanjangkannya (berdiri,
membaca dan rukuk, kemudian berdiri,
membaca dan rukuk). Dan sah sembahyang
gerhana jika didirikan dua rakaat
dengan dua kali berdiri dan dua
kali rukuk seperti sembahyang
Jumaat. Tetapi dia dianggap telah
meninggalkan fadhilat sembahyang
tersebut kerana berlawanan dengan
apa yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w.
Cara
Kedua
Iaitu
cara yang lebih sempurna. Dilakukan
pada setia rakaat dengan dua kali
berdiri. Pada setiap kali berdiri
dibaca bacaan yang panjang. Dibaca
selepas Fatihah, surah al-Baqarah
atau surah-surah lain yang sama
panjangnya pada berdiri kali pertama
di rakaat pertama. Untuk berdiri
kali kedua di rakaat pertama,
dibaca ayat yang menyamai 200
ayat.
Manakala
bacaan ketika berdiri kali pertama
di rakaat kedua ialah sekadar
150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri
kali kedua di rakaat kedua ialah
bacaan yang menyamai 100 ayat
surah al-Baqarah. Kemudian apabila
rukuk maka dipanjangkannya sehingga
menyamai lebih kurang bacaan 100
ayat, rukuk kedua dipanjangkan
sekadar 80 ayat, rukuk ketiga
sekadar 70 ayat dan rukuk keempat
sekadar 50 ayat.
Apabila
sembahyang telah sempurna, maka
Imam bangun berkhutbah dengan dua
khutbah. Rukun-rukun dan syarat-syaratnya
adalah sama dengan dua khutbah Jumaat
dengan mendorong orang ramai supaya
bertaubat dan melakukan kebaikan
serta memberi ingatan agar tidak
lalai dan terpedaya.
Kemudian,
jika sembahyang gerhana itu adalah
untuk matahari, maka bacaan hendaklah
diperlahankan, manakala jika untuk
gerhana bulan, bacaan hendaklah
dinyaring dan dikuatkan.
Sembahyang
Gerhana Tidak Diqadak
Apabila
seseorang itu luput waktu sembahyang
gerhana matahari dan bulan; matahari
atau bulan telah muncul (sepenuhnya)
sebelum sembahyang didirikan, maka
ia tidak dituntut menqadakkannya.
Ini kerana sembahyang gerhana merupakan
sembahyang yang disertai dengan
sebab-sebabnya yang tertentu. Apabila
sebab tersebut hilang maka luputlah
tuntutan mendirikannya. Gerhana
matahari atau bulan dikira berakhir
apabila matahari atau bulan muncul
sepenuhnya.
Mandi
untuk Sembahyang Gerhana
Disunatkan
mandi bagi mendirikan sembahyang
gerhana matahari dan bulan. Mandi
tersebut dilakukan sebelum menunaikan
kedua-duanya sebagaimana mandi untuk
sembahyang Jumaat. Ini kerana kedua-dua
sembahyang gerhana mempunyai maksud
yang sama dengan sembahyang Jumaat
dari segi berhimpun dan disunatkan
berjemaah.
Sumber
Rujukan : Kitab Fikah Mazhab
Syafie Oleh Dr. Mustofa al-Khin,
Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji,
Ms 244-247. |