Pameran Di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
28 April 2009 , Jabatan Mufti Melaka telah menghadiri pameran di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka sempena pameran Pendidikan Sains yang dianjurkan oleh IPPM. Pameran tersebut diadakan selama 2 hari bermula 28 hingga 29 April 2009. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Yaakub bin Md. Amin, Exco Pendidikan Negeri Melaka. Antara pempamer yang hadir ialah Jabatan Mufti Negeri Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, Indah Water Consortium, Forest Research Institut Malaysia, Mardi Negeri Melaka dan lain-lain lagi. Aturcara dimulakan dengan majlis perasmian oleh Exco pendidikan Negeri, pameran dan tayangan video tentang sains.
Pada sebelah malam program ceramah astronomi disampaikan oleh Hj. Kassim bin Hj. Bahali, Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri Melaka . Ini adalah untuk memberi pendedahan berhubung ilmu falak/astronomi. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka.